19 Februari 2021 – Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin pada hari ini mengumumkan tarikh pembukaan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ianya akan bermula dengan pembukaan sekolah rendah (pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2), sekolah rendah swasta (pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2) , kolej vokasional SMV Tahun 1 (SEM 2) dan kolej vokasional DMV Tahun 1 (SEM 2) pada 1 Mac 2021.
Ia disusuli dengan pembukaan sekolah rendah (Tahun 3 hingga 6), sekolah rendah swasta (Tahun 3 hingga 6), kolej vokasional (semua peringkat), sekolah antarabangsa (semua peringkat) dan IPS (semua kategori) mulai 8 Mac 2021.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Sekolah menengah pula akan dibuka pada tarikh 4 April 2021 (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 5 April 2021 (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Labuan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya), selepas cuti pertengahan penggal.
Tarikh pembukaan sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga turut disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.
Leave a comment