AMCOVID-19 @ My LNAKanak-kanak @ My LNAPendidikan @ My LNA

Taska Genius Perpaduan di Negeri PKP tidak akan beroperasi secara fizikal sehingga tempoh PKP berakhir

145

PUTRAJAYA 19 Februari 2021 – Taska Genius Perpaduan di Negeri PKP masih tidak akan beroperasi secara fizikal sehingga tempoh PKP berakhir manakala Taska Genius Perpaduan di Negeri PKPB dan PKPP akan beroperasi bermula hari Isnin, 22 Februari 2021.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, selaras dengan sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan pada 16 Februari 2021, KPN telah memutuskan pengoperasian Taska Genius Perpaduan adalah seperti berikut:

a. Taska Genius Perpaduan di Negeri PKPB dan PKPP adalah beroperasi bermula hari Isnin, 22 Februari 2021.
b. Taska Genius Perpaduan di Negeri PKP masih tidak akan beroperasi secara fizikal sehingga tempoh PKP berakhir. Sepanjang tempoh tersebut, para pendidik akan terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian pendidik dan kanak-kanak.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique mengingatkan semua pendidik agar sentiasa memastikan anak-anak di Taska Genius Perpaduan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal. Beliau turut menyeru agar Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke Taska Genius Perpaduan juga perlu mematuhi protokol kesihatan dan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM serta arahan Kerajaan Negeri yang berkaitan sepanjang tempoh operasi ini.

KPN akan memastikan pengoperasian ke atas semua Taska Genius Perpaduan ini adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Panduan Pembukaan Taska Genius Perpaduan dan Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia serta Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara.


Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...