Home Politik Perbaharui semula kontrak pengendalian tempat letak kereta di bawah pengurusan Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Besar TTDI – Hannah Yeoh
PolitikWanita

Perbaharui semula kontrak pengendalian tempat letak kereta di bawah pengurusan Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Besar TTDI – Hannah Yeoh

20 Februari 2021 – Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menggesa agar Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memperbaharui semula kontrak pengendalian tempat letak kereta di Pasar Besar TTDI di bawah pengurusan Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail dan melanjutkannya untuk tempoh tiga (3) tahun.

Menurut mantan Timbalan Menteri KPWKM tersebut di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, sebelum Pilihan Raya Umum 2018, tempat letak kereta di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (“Pasar”) dikendalikan oleh syarikat swasta yang dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ketika itu, ramai pengunjung Pasar mengadu mereka selalu tidak berpeluang meletakkan kereta di sana kerana ia sentiasa penuh.

Selepas saya dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan Segambut, Persatuan Kebajikan Penjaja Dan Peniaga Kecil Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (“Persatuan”) meminta saya membantu mereka mengatasi masalah ini dan di bawah kepimpinan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-12, kami berjaya mengembalikan semula pengurusan tempat letak kereta kepada Persatuan. Kini pengunjung Pasar tidak lagi menghadapi masalah tempat letak kereta seperti sebelumnya.” kata Hannah.

Tambah beliau, antara pembaharuan yang memberikan impak besar sejak Persatuan mengambil alih ialah perlaksanaan sistem pembayaran tanpa tunai mengunakan Touch ‘n Go bermula 15 Januari 2021.

“Kini persekitaran tempat letak kereta menjadi lebih kemas dan teratur, mesra alam (paperless) serta memudahkan para pengunjung terutama sekali golongan wanita dan warga emas untuk mendapatkan tempat letak kereta semasa mereka mengunjungi Pasar.

Oleh kerana kontrak pengurusan tempat letak kereta yang dikendalikan oleh Persatuan akan tamat menjelang bulan Mac 2021 ini, saya telah menulis surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Februari 2020 dan 3 Julai 2020 serta surat susulan pada 17 Februari yang lepas mengenai perkara ini.” katanya.

Justeru, berdasarkan pengalaman dan prestasi Persatuan dalam mengendalikan tempat letak kereta di Pasar Besar TTDI sepanjang hampir dua (2) tahun ini, Hannah menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memperbaharui semula kontrak pengendalian tempat letak kereta di Pasar Besar TTDI di bawah pengurusan Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail dan melanjutkannya untuk tempoh tiga (3) tahun.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPolitik

PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH

PADANG TERAP, 5 Jun – Formula ‘menang-menang’ bagi agihan kerusi Pilihan Raya...

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

HighlightsMY LNAPolitik

AGIHAN KERUSI PH-BN PERLU BERLANDASKAN SEMANGAT PERPADUAN

ALOR SETAR, 4 Jun 2023 – Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...