AMEkonomi @ My LNAPelancongan @ My LNA

MOTAC beri tumpuan kepada pelancongan perniagaan

99
White recycled craft paper texture as background. Grey paper texture, Old vintage page or grunge vignette of old newspaper. Pattern rough art creased grunge letter. Hardboard with copy space for text.

8 Februari 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) memaklumkan bahawa pihaknya melalui Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) akan memberi tumpuan kepada golongan pelancong bersasar meliputi pelancongan perniagaan dan aktiviti MICE (meeting, Incentives, conference and exhibitions).

“MOTAC melalui MyCEB akan memastikan pelancong perniagaan dan MICE telah melepasi tapisan kesihatan dan bebas COVID-19 serta pematuhan yang ketat terhadap SOP MICE.

Dalam memastikan kelangsungan acara perniagaan (business events), keselamatan dan kesihatan rakyat adalah juga keutamaan MOTAC pada masa ini ketika negara sedang berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.” kata MOTAC melalui satu siaran media yang diedarkan semalam.

Tambah MOTAC, SOP dan protokol pencegahan penyakit pelancongan perniagaan terhadap pekerja, pembekal barangan dan perkhidmatan serta delegasi / pengunjung mengenai pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan adalah mengikut standard seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kumpulan bersasar pelancong perniagaan ini akan dipantau dan telah melepasi saringan kesihatan.” ujar MOTAC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...