AMCOVID-19 @ My LNA

FAQ SOP Tahun Baru Cina 2021

170

8 Februari 2021 – Berikut adalah soalan-soalan lazim (FAQ) berkenaan dengan SOP sambutan Tahun Baru Cina 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan hari ini.

A. MAKAN BESAR KELUARGA (FAMILY REUNION DINNER)

  1. Adakah makan besar keluarga dibenarkan?

Ya. Makan Besar Keluarga (Family Reunion Dinner) DIBENARKAN tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10km radius tanpa rentas daerah dan negeri.

2. Bilakah makan besar keluarga dibenarkan?

Hanya pada 11 Februari 2021 (Khamis) sahaja.

3. Sekiranya saya tinggal dalam lingkungan 10 km dari rumah keluarga di mana makan besar keluarga akan diadakan tetapi rumah kediaman saya terletak daerah bersebelahan. Bolehkah saya menghadiri Makan Besar Keluarga?

Tidak dibenarkan

4. Berapakah orang yang dibenarkan dalam kenderaan pergi balik Makan Besar Keluarga pada 11 Februari 2021?

Mengikut SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh MKN yang dikemaskini pada 4 Februari 2021, hanya dua (2) orang sahaja dibenarkan

5. Apakah yang dimaksudkan keluarga terdekat?

Keluarga terdekat adalah suami isteri, ibu bapa, anak-anak dan adik beradik

B. AKTIVITI SEMBAHYANG

  1. Adakah aktiviti sembahyang di Rumah Ibadat sempena Tahun Baru Cina dibenarkan?

Aktiviti sembahyang di Rumah Ibadat DIBENARKAN dengan syarat-syarat seperti berikut:

a) Tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal;

b) Tempoh waktu sembahyang adalah selama 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya;

c) Tarikh yang dibenarkan adalah pada 11, 12 dan 19 Februari 2021 (3 hari sahaja); dan

d) Jadual waktu sembahyang bermula pada jam 6.00 pagi sehingga 2.00 petang

2. Adakah aktiviti sembahyang pada waktu malam dibenarkan bagi ‘Hokkien Clan’ pada 19 Februari 2021 yang merupakan Tahun Baru bagi ‘Hokkien Clan’?

Dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam 19 Februari 2021

3. Bagi aktiviti sembahyang pada waktu malam 19 Februari 2021, anjung rumah (‘porch’) saya tidak cukup luas untuk aktiviti sembahyang, adakah saya dibenarkan sembahyang di luar anjung depan rumah saya?

Dibenarkan selagi aktiviti sembahyang dilakukan dalam perkarangan rumah masing-masing tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

4. Sempena Tahun Baru Cina, saya akan pergi sembahyang nenek moyang di ‘Ancestral Home’. Adakah ‘Ancestral Home’ merupakan Rumah Ibadat?

Ya dan aktiviti sembahyang di Rumah Ibadat sempena Tahun Baru Cina dibenarkan dengan syarat-syarat SOP yang ditetapkan seperti di para B1.

5. Dimana saya boleh merujuk jadual waktu sembahyang atau aktiviti keagamaan di Rumah Ibadat sempena Tahun Baru Cina?

Jadual tersebut boleh didapati dalam Laman Web Rasmi Kementerian Perpaduan Negara

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...