Home AM Format peperiksaan SPM tahun 2020: Laporan akhbar pada 7 Februari 2021 adalah tidak benar – Lembaga Peperiksaan
AMPendidikan

Format peperiksaan SPM tahun 2020: Laporan akhbar pada 7 Februari 2021 adalah tidak benar – Lembaga Peperiksaan

White recycled craft paper texture as background. Grey paper texture, Old vintage page or grunge vignette of old newspaper. Pattern rough art creased grunge letter. Hardboard with copy space for text.

8 Februari 2021 – Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM) pada hari ini menegaskan bahawa laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Februari 2021 berkaitan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar.

“LP KPM ingin merujuk laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Februari 2021 bertajuk “Wajah Baharu SPM” di muka hadapan, “SPM Bakal Dirombak” di muka surat dua dan “Peperiksaan Boleh Buka Buku” di muka surat tiga.

LP KPM mendapati bahawa tajuk dan laporan akhbar Sinar Harian ini telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM tahun 2020.” jelas LP KPM melalui satu kenyataan media yang diterbitkan hari ini.

Kata LP KPM lagi pihaknya tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LP KPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai” ujar LP KPM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

HighlightsMY LNAPendidikan

Program Literasi Kewangan Sempena Global Money Week 2023 Dan Pengumuman Malaysia Book Of Records (MBOR)

Batu Caves, 20 Mac 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...