AMCOVID-19 @ My LNA

Tahun Baru Cina 2021 : Makan Besar dan aktiviti keagamaan di rumah ibadat dibenarkan, patuh SOP ketat

293

PUTRAJAYA 7 Februari 2021 – Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung semalam bersetuju membenarkan Makan Besar Keluarga (Family Reunion Dinner) pada 11 Februari 2021 dengan syarat ia dihadiri tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10km radius tanpa rentas daerah dan negeri.

Jelas Kementerian Perpaduan Negara di dalam satu siaran media yang dikeluarkan semalam, Mesyuarat juga bersetuju untuk aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari 2021 dibenarkan dan tertakluk kepada SOP ketat seperti berikut:

i. Bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

ii. Tempoh waktu sembahyang adalah selama 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang yang berikutnya.

iii. Jadual waktu sembahyang adalah bermula daripada jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja seperti di Lampiran 1.

iv. Aktiviti sembahyang pada 19 Februari 2021 dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baru Cina bagi “Hokkien Clan”.

“Pegawai-pegawai Perpaduan yang telah dilantik sebagai Pegawai Pemantau di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] akan melakukan pemantauan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.” kata Kementerian.

Dalam pada itu Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique menyeru masyarakat kaum Cina di Malaysia untuk menyambut perayaan tahun ini dalam norma baharu, sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, menjaga kebersihan diri dan pastikan penjarakan fizikal dalam usaha kita memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...