AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Perjanjian Konsesi Sistem e-Tanah Negeri Perak secara Kerjasama Awam Swasta ditandatangani hari ini

226

PUTRAJAYA 29 Januari 2021 – Majlis menandatangani Perjanjian Konsesi Sistem e-Tanah Negeri Perak secara Kerjasama Awam Swasta telah diadakan secara maya pada hari ini. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang mewakili Kerajaan Persekutuan, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mewakili Kerajaan Negeri Perak dan Tuan Syed Azmin Syed Nor, Pengerusi Eksekutif Puncak Tegap Sdn. Bhd. selaku syarikat konsesi bagi projek tersebut.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Sistem e-Tanah merupakan projek oleh Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang bersepadu di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Kata beliau lagi, pembangunan sistem di bawah inisiatif Kerjasama Awam Swasta ini juga seiring dengan usaha Kerajaan ke arah pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Projek perintis sistem ini telah dilaksanakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Jun 2017 dan telah terbukti dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan urusan tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini digambarkan melalui kedudukan negara dalam Ease of Doing Business yang dikeluarkan oleh World Bank di mana pada tahun 2020, Malaysia berada di kedudukan ke-12 berbanding kedudukan ke-15 pada tahun 2019.

Pelaksanaan peluasan Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta ke pentadbiran tanah negeri-negeri ini merupakan satu bentuk kolaborasi tiga pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta. Projek Sistem e-Tanah Negeri Perak merupakan projek kedua yang telah berjaya disiapkan sepenuhnya selepas kejayaan pelaksanaan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bermula dengan kejayaan pelaksanaan secara rintis Sistem e-Tanah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak tahun 2017, kini peluasan Sistem e-Tanah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Selangor, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah dan Kelantan akan diteruskan dan proses kajian awal sedang dijalankan.” kata Dr. Shamsul Anuar.

Tambah beliau, Sistem e-Tanah Negeri Perak ini dijangka akan Go-Live pada 11 Februari 2021 dan akan digunapakai oleh semua pentadbiran tanah negeri bermula pada tarikh tersebut dan melalui Sistem e-Tanah ini, orang awam yang berurusan di pentadbiran tanah Negeri Perak akan dapat menikmati urusan transaksi tanah yang lebih lancar, telus, efektif dan mesra rakyat.

“Penularan wabak Covid-19 secara tidak langsung menuntut perubahan kepada norma kerja harian terutama perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan rakyat. Justeru, pelaksanaan Sistem e-Tanah ini adalah bertepatan dengan keperluan semasa yang menggalakkan urusan secara dalam talian dan mengurangkan keperluan berurusan di kaunter secara bersemuka.

Kementerian ini sentiasa komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dalam pentadbiran tanah sentiasa ditambah baik seiring dengan perkembangan semasa. Ini juga merupakan satu lagi trajektori baru dalam pendigitalan urusan pentadbiran Kerajaan secara keseluruhannya.” ujar Dr. Shamsul Anuar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...