AM

Program Aku Janji Zero Potholes dilancarkan semula

184

29 Januari 2021 – Bagi menangani isu potholes yang semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya di media sosial, Program Aku Janji Zero Potholes pada 3 Julai 2020 dilancarkan semula dimana kerja-kerja penampalan jalan berlubang dilaksanakan dalam tempoh masa 24 jam (secara sementara) daripada penemuan ataupun aduan kerosakan.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Seri Haji Fadillah Yusof menerusi perutusan sempena Majlis Amanat Tahun 2021 dan Pelancaran Pelan Strategik Organisasi Kementerian Kerja Raya (KKR) 2021 – 2025 semalam, situasi tersebut jika tidak ditangani secara proaktif dan berhemah ia boleh menjejaskan imej kerajaan dan Kementerian Kerja Raya secara khusus.

“Langkah pertama untuk menangani isu ini telah diambil dengan melancarkan semula Program Aku Janji Zero Potholes pada 3 Julai 2020 dimana kerja-kerja penampalan jalan berlubang dilaksanakan dalam tempoh masa 24 jam (secara sementara) daripada penemuan ataupun aduan kerosakan.

Dalam tempoh 3 hari, pembaikan kekal akan dilaksanakan selari dengan Piagam Pelangan Jabatan Kerja Raya dan kontrak penyenggaraan jalan persekutuan pihak konsesi.” kata Fadillah.

Tambah beliau, bagi menunjukkan KKR amat serius untuk mengatasi isu potholes, sebuah pelan tindakan baharu iaitu Ke Arah Penyenggaraan ‘Potholes’ Lebih Cekap telah diperkenalkan di dalam Pelan Strategik Organisasi Kementerian Kerja Raya Tahun 2021 – 2025.

“Pelan tindakan ini akan dilaksanakan dan dipantau secara berterusan bagi memastikan strategi mempertingkatkan keselamatan dan keselesaan infrastruktur yang dibangunkan untuk kemudahan rakyat tercapai.

Untuk makluman, pada tahun 2020 sahaja sebanyak 168,000 potholes telah ditampal oleh konsesi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pothole yang ditampal dalam tempoh 5 tahun bermula 2016 adalah sebanyak 880,049 potholes.” ujar Fadillah.

Dalam pada itu Fadillah turut berkata bahawa pada tahun lepas KKR telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memantapkan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan dan diantaranya ialah mewujudkan Pelan Anti Rasuah KKR 2021-2025 yang telah dilancarkan pada 24 November 2020 yang lalu.

“Sebagai kementerian peneraju kepada industri pembinaan, pengukuhan elemen integriti serta usaha menghapuskan amalan rasuah merupakan agenda penting bagi memastikan projekprojek kerajaan dilaksanakan dengan penuh telus dan berintegriti.” ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...