AMCOVID-19 @ My LNANiaga @ My LNA

Bencana Banjir : Koperasi terus dibantu Kerajaan

94

KUALA LUMPUR 18 Januari 2021 – Sehingga 15 Januari 2021, 73 buah koperasi mengalami kerugian akibat bencana banjir yang melanda negara kini. Selain itu, aktiviti koperasi juga sebelum ini turut terjejas berikutan tempoh kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan Covid-19. Kerugian yang dialami dianggarkan berjumlah sebanyak RM3.2 juta.

“Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus proaktif membantu gerakan koperasi yang teruk terjejas akibat banjir dengan menyediakan Tabung Bantuan Kecemeasn Koperasi. Koperasi yang terjejas layak menerima Bantuan Kecemasan Koperasi sehingga RM30,000 bagi setiap koperasi.” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar melalui satu siaran media yang dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, sepertimana dalam peruntukan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, bantuan kecemasan ini akan digunakan oleh koperasi sebagai pampasan yang sewajarnya ke atas apa-apa kerosakan premis, aset atau produknya akibat bencana alam atau faktor luar kawalan.

“Ianya diharap dapat membantu koperasi membangunkan semula aktiviti ekonomi serta mengurangkan beban koperasi yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

SKM juga turut menyediakan Bantuan Pembangunan Koperasi dan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) Tanpa Cagaran di mana keutamaan permohonan diberikan kepada koperasi yang terjejas.

Sebagai Kerajaan yang prihatin, Bantuan Kecemasan Koperasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya dapat membantu koperasi meningkatkan kembali kapasiti koperasi untuk menggerakkan semula aktiviti perniagaan koperasi agar terus menjadi penyumbang efektif kepada pembangunan ekonomi negara.” kata Dr. Wan Junaidi.

Koperasi-koperasi yang terjejas akibat bencana banjir tersebut merangkumi negeri-negeri seperti Pahang (40 koperasi), Kelantan (3 koperasi), Terengganu (9 koperasi), Johor (9 koperasi), Sarawak (2 koperasi), Sabah (2 koperasi), Perak (5 koperasi), Negeri Sembilan (1 koperasi), Melaka (1 koperasi) dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 koperasi : projek atau aset koperasi di Raub, Pahang).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...