AMCOVID-19 @ My LNA

Tiada pemotongan bekalan elektrik sepanjang tempoh PKP

310

13 Januari 2021 – Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada hari ini menjamin bahawa sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan (PKP) tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan oleh TNB. Ia adalah demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

“Di samping itu, semua perkhidmatan pembekalan elektrik yang lain seperti penyambungan bekalan baharu, pembaikan kerosakan dan perkhidmatan pelanggan TNB CareLine di talian 15454 serta Facebook TNB CareLine berjalan seperti biasa.

Bagi urusan transaksi atau pembayaran, saya menasihatkan pihak pengguna untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian yang boleh dicapai menerusi laman sesawang TNB dan aplikasi myTNB. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, pihak pengguna bolehlah terus menghubungi TNB melalui saluran-saluran yang telah saya nyatakan tadi.” kata Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Beliau turut menasihati semua pengguna untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah dan cekap sepanjang tempoh PKP kerana dijangkakan penggunaan elektrik isi rumah akan meningkat lebih tinggi daripada kebiasaan sebagaimana yang telah dialami semasa tempoh pelaksanaan PKP terdahulu.

“Ini berikutan ramai pengguna mematuhi arahan duduk di rumah, bekerja dari rumah dan anak-anak pula menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian.

Antara tindakan yang boleh diamalkan di rumah adalah seperti mematikan suis peralatan elektrik, seperti komputer selepas selesai menggunakannya dan tidak membiarkan penghawa dingin, kipas dan lampu terpasang dalam bilik yang kosong. Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai panduan penggunaan elektrik yang cekap di laman sesawang Suruhanjaya Tenaga dan TNB.

Saya juga menyarankan agar pengguna elektrik memanfaatkan Program SAVE 2.0 untuk mendapatkan e-rebat RM200 bagi membeli penyaman udara dan peti ais cekap tenaga sebagai langkah menjimatkan bil elektrik di rumah masing-masing.” ujar Dr. Shamsul Anuar.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu hingga 26 Januari depan.

Enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...