AMCOVID-19 @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

PKP : Operasi media dibenarkan bagi tujuan penyampaian maklumat

91

12 Januari 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa operasi organisasi media untuk penyampaian maklumat adalah dibenarkan di negeri-negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di negeri-negeri yang terlibat, operasi organisasi media bagi tujuan produksi program, berita, rencana dan kandungan tempatan untuk penyampaian maklumat adalah dibenarkan manakala operasi media yang berbentuk penyiaran lain seperti hiburan tidak dibenarkan.

Operasi media di negeri yang terlibat dalam PKPB dan PKPP boleh meneruskan perkhidmatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.” kata Saifuddin melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tambah beliau, maklumat lanjut tentang SOP sektor komunikasi (termasuk telekomunikasi dan internet, penyiaran, serta pos dan kurier), teknologi maklumat, e-dagang dan industri kreatif boleh didapati di laman sesawang www.kkmm.gov.my atau menghubungi Hotline Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di talian 03-89115351 (8.00 pagi hingga 10.00 malam).

“Para petugas media yang merupakan antara barisan hadapan ketika negara berhadapan dengan situasi sukar ini diingatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam menjalankan tugas bagi melindungi diri serta menjaga keselamatan keluarga dan komuniti daripada ancaman COVID-19.” ujar Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...