AMCOVID-19 @ My LNAKanak-kanak @ My LNAPendidikan @ My LNA

PKP : Kementerian Perpaduan tangguhkan operasi Jentera Perpaduan, Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan

137

PUTRAJAYA 14 Januari 2021 – Kementerian Perpaduan Negara telah mengarahkan penangguhan operasi dan aktiviti Jentera Perpaduan iaitu Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, KRT dan SRS di negeri-negeri yang dikenakan arahan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) turut diarahkan menangguhkan sementara sebarang jenis aktiviti komuniti termasuk operasi bantuan operasi penyelamatan banjir.

“Buat masa ini hanya KRT dan SRS di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja dibenarkan menjalankan aktiviti komuniti dan membantu operasi penyelamatan banjir mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.” kata Kementerian.

Tambah Kementerian, operasi Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri yang dikenakan tempoh PKP akan beroperasi selari dengan institusi pendidikan pra-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tabika dan Taska KEMAS, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di mana tertakluk kepada pematuhan SOP MKN dan KKM yang lebih ketat.

Bagi Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri yang dikenakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadual operasi adalah serentak dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KEMAS seperti berikut:

a) Tabika Perpaduan akan mula beroperasi pada 20 Januari 2021.
b) Taska Genius Perpaduan yang telah bermula pada 3 Januari 2021 dan 4 Januari 2021 akan terus beroperasi seperti biasa.

Kementerian turut menasihatkan semua kakitangan, jentera perpaduan dan orang ramai supaya sentiasa patuh kepada SOP dan mengamalkan norma baharu seperti pemakaian pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan terutamanya ketika berada di tempat awam.

Untuk maklumat lanjut ataupun pertanyaan mengenai SOP Kementerian Perpaduan Negara, orang awam menghubungi pihak Kementerian di talian berikut: 03- 8091 8080 / 03- 8883 7155 / 03- 8883 7151 / 017- 280 4364 dan juga melalui email: pro@perpaduan.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...