AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Isu harga dos vaksin COVID-19 : Perjanjian Malaysia dengan syarikat farmaseutikal tertakluk kepada kerahsiaan

231

23 Disember 2020 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pada masa kini setiap perjanjian kerajaan Malaysia ataupun mana-mana kerajaan negara lain yang dimeterai bersama mana-mana syarikat farmaseutikal adalah perjanjian yg tertakluk kepada kerahsiaan atau non-disclosure agreement (NDA).

Kata Khairy di dalam sidang media yang diadakan pada hari ini, perkara tersebut merupakan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal yang mengeluarkan vaksin COVID-19.

“Yang tular di media sosial adalah satu tweet yang dikeluarkan oleh seorang Menteri Belgium yang telah pun diturunkan, disebabkan beliau melanggar kerahsiaan dengan syarikat-syarikat farmaseutikal yang mana kesatuan Eropah telah beli vaksin COVID-19 mereka.

Jadi oleh yang demikian buat masa ini oleh kerana bukan hanya Malaysia tetapi setiap kerajaan tertakluk dengan syarat kerahsiaan, kita tidak boleh memperincikan harga berdasarkan setiap pengeluar vaksin.

Kalau kita langar syarat ini, ia akan menjejaskan perjanjian kita dengan syarikat-syarikat yang keluarkan vaksin. ” jelas Khairy.

Tambah Khairy, Kerajaan mengambil keputusan menghargai perjanjian yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat tersebut dan apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah usaha mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 tersebut buat seluruh rakyat di negara ini. Namun apabila perkara tersebut telah dibangkitkan dalam perbahasan politik terutamanya oleh Lim Kit Siang sejak beberapa hari ini, beliau telah menawarkan diri untuk memberikan taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur yang merupakan ahli parti DAP.

“Dan saya boleh beri taklimat yang terperinci kepada PAC termasuklah kos-kos vaksin kita sekiranya PAC boleh terima syarat kerahsiaan dan mereka wakili rakyat untuk mendapatkan maklumat secara terperinci.

Jadi saya harap dengan adanya penjelasan ini saya pohon kepada semua pihak sama ada ahli-ahli Parlimen daripada Kerajaan atau pembangkang hatta rakyat sendiri untuk kita serahkan kepada Parlimen, kepada PAC (yang dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang) untuk saya berikan taklimat.” jelas Khairy.

Mengulas lanjut, Khairy berkata bahawa beliau khuatir sekiranya perkara ini berlanjutan ia akan menjejaskan keyakinan rakyat Malaysia untuk menerima vaksin tersebut di mana kemungkinan mereka akan membuat andaian bahawa mereka terpaksa bayar dengan harga terlalu mahal untuk mendapatkan vaksin dan ini akan menyebabkan vaccine hesitancy.

“Cuma saya ingin nyatakan di sini bahawa kita telah buat rundingan terus dengan syarikat-syarikat tersebut (Pfizer dan AstraZeneca). Harga yang kita terima adalah harga manufacturer (harga kilang) bukannya harga daripada orang tengah (atau) pengedar.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...