AMEkonomi @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

DPN 2020-2030 mampu jamin kelangsungan industri pelancongan negara – PM

302

23 Disember 2020 – Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin menzahirkan rasa optimis dan yakin bahawa Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020 – 2030 yang dilancarkan oleh beliau secara atas talian menerusi Facebook Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) hari ini mampu menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta menjadikan Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan terpilih utama di peringkat global.

Video Kredit UKK MOTAC

Menerusi ucapan beliau hari ini, Perdana Menteri berkata perkara tersebut akan dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi Pengukuhan Daya Saing, Pembangunan Sektor Pelancongan Secara Lestari dan Inklusif, serta Kesedian Mengharungi Bencara pada masa akan datang.

“Dasar ini akan dilaksanakan menerusi enam (6) teras strategik utama iaitu transformasi tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang inklusif, mempergiatkan digitalisasi pelancongan, memperkayakan pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua sub-sektor pelancongan.

Sehubungan itu, pembangunan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital adalah penting bagi memastikan objektif dasar ini dapat dicapai. Tambahan pula, kemajuan teknologi juga dapat mengukuhkan jaringan antara industri serta membuka jalan bagi sub-sektor inovatif baharu dalam industri pelancongan yang akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.

Dengan ini, pelaburan pelancongan yang berpusatkan teknologi adalah digalakkan, yang mana di bawah DPN ini, Malaysia akan mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau Special Tourism Investment Zones bagi meningkatkan kerjasama awam-swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa.” kata Tan Sri Muhyiddin.

Tambah beliau, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk mengimbangi pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara termasuk alam sekitar, budaya dan warisan.

“Matlamat kita adalah untuk menjenamakan Malaysia sebagai Top of The Mind Ecotourism Destination of the World. Saya juga yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara bersama dan menyeluruh bermula dari peringkat perancangan, pelaksanaan dan pemantauan bagi memastikan pembangunan produk pelancongan sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pelancongan ini.

Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations.” ujar beliau.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan alu-aluannya berkata melalui dasar ini, tumpuan akan diberikan kepada pelancongan lestari dan peningkatan pendapatan pelancongan yang merupakan indikator terpenting dalam memberi impak kepada ekonomi negara.

Dalam hal ini, pembangunan industri pelancongan adalah ke arah mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, atau dalam istilah yang lebih mudah adalah kepada quality tourist atau high yield tourist.

Nancy turut berharap agar semua pihak bersatu hati menggerakkan DPN 2020 – 2030 ke arah memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan di serata dunia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...