AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Menteri KKMM berterimakasih kepada Pulau Pinang iktiraf Telekomunikasi sebagai utiliti awam

250

23 Disember 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana menyokong agenda Kerajaan Persekutuan dalam mengukuhkan kesalinghubungan internet menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan telah menguatkuasakan polisi infrastruktur telekomunikasi sebagai utiliti awam, setaraf dengan bekalan air dan elektrik.

Menurut Saifuddin menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, melalui penguatkuasaan polisi ini, perancangan penyediaan infrastruktur telekomunikasi akan menjadi antara kriteria Kebenaran Merancang (KM) bagi pembangunan baharu di sesebuah lokasi.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mempunyai pembangunan yang dirancang dengan lebih baik yang menjadikannya lebih berdaya saing dan mampan bagi menarik minat pelabur kerana perkhidmatan komunikasi telah tersedia. Selain itu, syarikat penyedia perkhidmatan juga akan mendapat peluang pelaburan yang lebih menarik.” ujar Saifuddin.

Di samping itu, beliau turut mengalu-alukan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Johor, Kedah dan Melaka yang telah memulakan proses untuk menguatkuasakan polisi ini.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama pihak industri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan infrastruktur telekomunikasi sebagai utiliti ketiga akan menjadi kenyataan menjelang tahun 2021.

Kepantasan Kerajaan-kerajaan Negeri dan PBT dalam meluluskan permohonan akan memberi impak positif kepada kemasukan lebih banyak pelaburan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi, sekaligus mencetuskan spill-over effect kepada pembangunan sesebuah lokasi atau negeri.” kata Saifuddin.

Beliau turut menzahirkan rasa yakin bahawa kejayaan JENDELA akan menjadi komponen penting dalam usaha membawa kemakmuran kepada negara dan dinikmati semua lapisan masyarakat.

“Kami di KKMM akan memantau perkembangan inisiatif ini secara dekat untuk memastikan sasaran JENDELA berjaya dicapai mengikut jadual.” ujarnya.

Susulan dari pandemik COVID-19, Kerajaan melalui Kementerian dan agensi- agensi berkaitan telah bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan komunikasi utama untuk membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan baharu Rakyat. Pelan tindakan ini yang dirangka melalui satu sesi Makmal akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi, serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...