AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Perolehan Vaksin COVID-19 : MOSTI minta orang ramai tidak membuat dan menyebarkan maklumat palsu

169

22 Disember 2020 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meminta supaya orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan maklumat tidak sahih dan palsu tanpa merujuk kepada kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan. Ini berikutan dengan hantaran-hantaran yang dibuat oleh beberapa pemilik akaun di laman media sosial Facebook yang telah membuat tuduhan tidak benar kepada Kerajaan tentang pembekalan vaksin COVID-19.

Menurut MOSTI melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini, pemilik-pemilik akaun berkenaan telah membuat tuduhan bahawa Kerajaan telah membayar RM3 bilion untuk pembelian 10 juta dos vaksin COVID-19.

“Seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM3 bilion bagi tujuan perolehan vaksin COVID-19. Peruntukan RM3 bilion yang disediakan Kerajaan ini adalah bagi perolehan vaksin berjumlah sehingga 70 peratus populasi negara atau 22.4 juta orang.

Untuk rekod, perkara ini juga telah dijawab dan dijelaskan oleh YB Menteri MOSTI (Khairy Jamaluddin) sebanyak beberapa kali ketika persidangan Dewan Rakyat yang lalu.” kata MOSTI.

Tambah MOSTI, Kerajaan baharu sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Astra Zeneca bagi perolehan sebanyak 6.4 juta dos atau tambahan sebanyak 10 peratus lagi dan perkara ini bermakna jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus yang telahpun diperolehi menerusi perjanjian bersama fasiliti COVAX, syarikat Pfizer dan syarikat AstraZeneca.

“Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.

Melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai buat masa ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah AS$504.4 juta (RM2.05 bilion). Jumlah 80 peratus ini adalah melebihi sasaran awal iaitu untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus rakyat Malaysia.” jelas MOSTI.

Justeru, orang ramai diminta supaya tidak sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan maklumat tidak sahih dan palsu tanpa merujuk kepada kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan. Kata MOSTI, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang kenyataan yang tidak berasas serta tidak benar yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...