AMPendidikan @ My LNA

Jumlah siaran TV Pendidikan adalah selama 9 jam sehari – Radzi Jidin

183

KUALA LUMPUR 24 November 2020 – Menteri Kanan Pendidikan Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin pada hari ini memaklumkan bahawa keseluruhan siaran TV Pendidikan adalah selama sembilan (9) jam sehari. 

Menjawab soalan Ahli Parlimen Kulai Puan Teo Nie Ching di Parlimen hari ini yang bertanyakan keberkesanan TV Pendidikan, jumlah murid dan pelajar yang mengikuti program TV Pendidikan, dan sama ada Kementerian Pendidikan (KPM) ada rancangan untuk menambah masa siaran TV Pendidikan, Dr Radzi berkata bahawa KPM telah melaksanakan satu tinjauan mulai 17 hingga 19 April 2020 yang meliputi 600 buah sekolah, 12506 orang murid, 17665 orang guru dan 14786 orang ibu bapa/ penjaga di lapan (8) buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Tinjauan ini mendapati rancangan TV Pendidikan disambut baik oleh murid, guru dan ibu bapa. Seramai 96.4 peratus murid bersetuju supaya slot TV Pendidikan ditambah. Selain itu, 98.7 peratus murid,  98 peratus guru dan 96 peratus ibu bapa/penjaga bersetuju tempoh rancangan TV Pendidikan dilanjutkan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan juga mendapati bahawa 96 peratus guru berpandangan kandungan TV Pendidikan adalah selari dengan buku teks. Selain itu, 89 peratus ibu bapa dan penjaga berpandangan bahawa TV Pendidikan dapat menarik minat belajar anak mereka.

Berdasarkan dapatan ini, KPM telah menambah masa siaran TV Pendidikan selama empat (4) jam lagi di Tutor TV Astro mulai 4 Mei 2020.  Terkini, pada 23 November 2020 KPM telah memulakan siaran TV Pendidikan selama tiga (3) jam di saluran NTV7. Ini menjadikan keseluruhan siaran TV Pendidikan adalah selama sembilan (9) jam sehari. ” kata Menteri tersebut.

Tambah beliau, Laporan Capaian Tontonan TV Pendidikan pula menunjukkan bahawa jumlah tontonan secara kumulatif di TV Okey sejak mula disiarkan pada 6 April 2020 adalah sebanyak 1.8 juta tontonan.

“Manakala, jumlah tontonan di saluran Astro mulai 4 Mei 2020 adalah sebanyak 5.4 juta tontonan. Laporan ini menunjukkan bahawa TV Pendidikan  telah membantu untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran, seterusnya meningkatkan penguasaan pengetahuan dalam kalangan mereka.

Keberkesanan TV Pendidikan adalah dilihat dalam konteks peluasan kebolehcapaian terutamanya oleh murid-murid di kawasan yang tidak mempunyai akses talian Internet atau murid yang tidak memiliki peranti” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...