AMCOVID-19 @ My LNANiaga @ My LNAPelancongan @ My LNA

MOTAC gerakkan pelan pemulihan pelancongan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)

175

PUTRAJAYA 23 November 2020 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan menggerakkan pelan pemulihan pelancongan bagi merancakkan semula ekonomi negara melalui sektor pelancongan yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19.

Sumber Foto : Tourism Malaysia

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Tourism Malaysia akan menggerakkan pelan pemulihan pelancongan tersebut melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dengan melibatkan kerjasama penggiat-penggiat industri pelancongan negara.

“MOTAC menyambut baik keputusan keputusan kerajaan yang telah membenarkan gelembung perjalanan domestik antara zon-zon hijau di Malaysia. Oleh itu, kami berharap rakyat akan mengambil peluang untuk melancong dengan selamat dan sentiasa mematuhi SOP di dalam norma baharu sepanjang perjalanan,” kata beliau.

Sementara itu Tourism Malaysia menggariskan tiga teras utama pelan pemulihan yang di bawah strategi pemulihan tersebut yang dijangka akan menyemarakkan semula pelancongan domestik iaitu Mengembalikan Keyakinan untuk Melancong, Menyemarakkan Pelancongan Domestik dan Memaksimumkan Sumber Sedia Ada.

“Program yang telah dikenalpasti untuk menggerakkan industri pelancongan tempatan adalah dengan melibatkan kerjasama dengan semua pemain industri seperti syarikat penerbangan, pengangkutan dan badan bukan kerajaan dalam industri pelancongan seperti Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet (MyBHA).” jelas Tourism Malaysia melalui satu kenyataan media yang diedarkan semalam.

Tambah agensi itu lagi, terdapat beberapa program telah bersedia untuk digerakkan. Ia adalah seperti berikut :

a) Kerjasama TM, MAH dan e-market platform untuk mempromosikan pakej-pakej penginapan bagi menggalakan pelancongan domestik dan membantu hotel-hotel di bandar yang terkesan teruk akibat penularan Covid-19;

b) Kerjasama dengan MyBHA bagi hotel bajet (3 bintang ke bawah) yang terpilih dan aktif mengikut negeri dan keutamaan akan diberikan kepada ahli yang berdaftar dengan MOTAC melalui kempen ‘Jom Nginap’ dan ‘Malaysia Welcomes You’.

c) Kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dengan kerjasama syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines Berhad (MAB), Firefly, Air Asia dan Malindo Air bagi meningkatkan kesalinghubungan ke lokasi percutian di dalam negara untuk merangsang pelancongan domestik;

d) Tourism Malaysia akan menjalin kerjasama dengan penggiat industri melalui segmen perkhidmatan, pengangkutan dan syarikat swasta iaitu Prasarana bagi menggalakkan pergerakan inter dan intra di kalangan pelancong domestik dan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam; dan

e) Diskaun Pembelian Produk Kraf di Outlet Karyaneka untuk menggalakkan penjualan kraftangan Malaysia.

“Mekanisme yang dicadangkan merupakan pemberian baucar/diskaun/rebat tunai yang akan memberi manfaat secara terus kepada rakyat Malaysia. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi meningkatkan penggunaan teknologi digital di kalangan rakyat melalui pembelian/tempahan atas talian, penggunaan aplikasi mobil dan penebusan e-baucar tunai.” jelas Tourism Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...