AMCOVID-19 @ My LNAWanita @ My LNA

Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM digesa tidak lancarkan produk baru, pastikan dahulu perkhidmatan asas dikendalikan dengan efektif – Hannah Yeoh

90

05 November 2020 – Ahli Parlimen Segambut YB Hannah Yeoh hari ini menggesa agar Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk tidak melancarkan produk atau program baharu jika perkhidmatan asas KPWKM masih belum dapat dikendalikan dengan efektif dalam era Covid-19.

Menurut Hannah yang juga merupakan mantan Timbalan Menteri KPWKM tersebut, di Parlimen pagi ini, Timbalan Menteri KPWKM telah mengakui bahawa terdapat lebih daripada 2,000 permohonan bantuan kebajikan JKM yang masih belum diproses di Wilayah Persekutuan.

“Ketika era Covid-19, pastinya permohonan bantuan kebajikan akan meningkat kerana ramai yang hilang punca pendapatan.

Beberapa hari yang lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun telah melancarkan satu program baharu iaitu Kembara Prihatin Negara yang menyasarkan 1 juta penerima bantuan. Saya menggesa Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM untuk tidak melancarkan produk atau program baharu jika perkhidmatan asas KPWKM masih belum dapat dikendalikan dengan efektif dalam era Covid-19. ” ujar Hannah.

Tambah beliau, penjawat awam di peringkat negeri memerlukan banyak bantuan daripada KPWKM peringkat Putrajaya untuk membantu mereka menangani bebanan kerja yang telah bertambah.

“Mereka merupakan ‘frontliners’ yang belum pernah berhenti bekerja sejak PKP bermula bulan Mac 2020. Menteri dan Timbalan Menteri seharusnya mencari penyelesaian bagi memperbaiki perkhidmatan asas JKM.

Ini adalah kritikal kerana mereka yang memohon dan menunggu bantuan JKM kebanyakannya adalah golongan warga emas, OKU dan keluarga yang mempunyai kanak-kanak.” jelas Hannah.

Di samping itu beliau juga menuntut pengesahan sama ada KPWKM telah mengecualikan dengan serta merta golongan pelindung kanak-kanak daripada tugasan administratif atau tugasan lain supaya kes-kes penderaaan kanak-kanak boleh ditangani dengan cepat.

“Perkara ini  telah saya bangkitkan dalam sidang Parlimen yang lalu. Pelindung kanak-kanak mempunyai tanggungjawab berat supaya tiada kanak-kanak kehilangan nyawa kerana mereka ini tidak mampu menyelamatkan diri daripada keganasan.”ujar beliau.

Ahad lepas, KPWKM telah melancarkan program Kembara Prihatin Negara di mana ia akan bergerak secara mingguan dan meliputi 108 daerah di seluruh negara.

Menurut Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun program tersebut melibatkan kerjasama daripada rakan strategik dan pihak beliau dan KPWKM menggalakkan penglibatan syarikat korporat agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan, di mana mereka mensasarkan seramai satu juta penerima akan menerima manfaat menerusi program tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...