Home MY LNA AM Belanjawan 2021 : MEDAC teruskan agenda keusahawanan negara
AMEkonomi @ My LNAParlimen @ My LNA

Belanjawan 2021 : MEDAC teruskan agenda keusahawanan negara

6 November 2020 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited untuk meneruskan agenda keusahawanan negara dan bagi memastikan peruntukan yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dimanfaatkan sepenuhnya selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi satu siaran media yang dikeluarkan semalam berkata, Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ memberi penekanan yang signifikan kepada usaha membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan mikro, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), koperasi dan golongan B40 bagi memastikan pemulihan dan kelestarian operasi perniagaan serta kelangsungan perniagaan ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.

“MEDAC melalui agensi-agensi di bawahnya akan meneruskan agenda pembangunan usahawan mikro dan PKS Bumiputera. Sejumlah RM4.6 bilion disediakan bagi pemerkasaan usahawan bumiputera merangkumi RM510 juta bagi tujuan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional dan PUNB. Manakala RM800 juta pula diperuntukkan melalui program peningkatan keupayaan oleh SME Bank dan Bank Pembangunan Malaysia.

Pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.2 bilion disediakan melalui TEKUN Nasional, PUNB, AgroBank, BSN dan institusi kewangan lain termasuk tambahan sebanyak RM110 juta kepada Micro Enterprises Facility di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).” kata Dr Wan Junaidi.

Ahli Parlimen Santubong itu turut menambah sebagai tanda keprihatinan Kerajaan, TEKUN Nasional diluluskan RM20 juta, khusus untuk program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat lndia (SPUMI) dan RM5 juta untuk pembangunan usahawan bagi komuniti lain.

“Sejumlah RM95 juta turut disediakan melalui TEKUN Nasional, MARA dan AgroBank untuk agenda pemerkasaan usahawan wanita.

Selain itu, seramai 2,000 usahawan wanita bakal mendapat manfaat melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe. Turut mendapat manfaat adalah operator fasiliti sukan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah skim TEKUN Sukan yang pertama kali diperkenalkan dalam Belanjawan Negara.” kata beliau.

Di samping itu sebanyak RM500 juta Skim Pembangunan Nasional dikhususkan kepada usahawan Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor utama.

“Melalui Skim Lestari Bumi pula, SME Bank akan menyediakan kemudahan pembiayaan dengan dana berjumlah RM300 juta sebagai anjakan perniagaan berstatus mikro dan kecil Bumiputera kepada kategori lebih tinggi.

Bagi menggalakkan aktiviti automasi dan modenisasi, dana tambahan berjumlah RM150 juta turut disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan SME dan Geran Automasi.” ujar Dr. Wan Junaidi.

Menurut Menteri MEDAC itu lagi, sejumlah RM25 juta disediakan bagi program Pembangunan Francais Mikro, Francais Mampu Milik dan program Beli Barangan Buatan Malaysia.

“Manakala RM150 juta pula diperuntukan bagi program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital kepada 100,000 usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital di bawah Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro.

MEDAC komited untuk meneruskan agenda keusahawanan negara dan bagi memastikan peruntukan yang diumumkan dimanfaatkan sepenuhnya selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...

Biz @ My LNAEkonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

KPDN optimis misi perdagangan ke Kemboja bawa hasil pulangan pelaburan ke negara

PHNOM PENH, 6 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember – Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak...