AMEkonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNA

Belanjawan 2021 : Peruntukan akan dibelanjakan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan penduduk luar bandar – KPLB

115

6 November 2021 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2021 dan menyokong usaha YAB Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri Kewangan menerusi Belanjawan 2021 tersebut untuk terus mengukuhkan kesejahteraan rakyat, menjamin kelangsungan perniagaan dan memastikan ketahanan ekonomi negara terus diperkukuhkan di saat negara dan dunia mendepani ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata bahawa KPLB merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Kewangan di atas peruntukan berjumlah RM10.19 billion kepada KPLB.

“Jumlah ini meliputi RM3.533 billion peruntukan mengurus dan juga RM6.657 billion peruntukan pembangunan. Jumlah ini adalah RM431 juta atau 4.42% lebih tinggi daripada peruntukan 2020. Jumlah peruntukan ini boleh dianggap besar terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang masih lagi terkesan dengan impak penularan Wabak COVID-19.

Menerusi peruntukan ini, lebih banyak projek pembangunan yang dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar bukan sahaja dari segi infrastuktur tetapi juga dari segi ekonomi dan modal insan. Ini seterusnya dapat menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera seperti mana yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.” kata Dr. Abd.Latiff.

Menurut Menteri KPLB itu lagi, di bawah peruntukan pembangunan, sejumlah RM2.32 billion bagi pembangunan infrastruktur asas di luar bandar seperti Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa, terutamanya untuk negeri Sabah dan Sarawak di mana jumlah tersebut adalah RM169.3 juta atau 7.8% lebih tinggi jika dibandingkan dengan peruntukkan tahun 2020.

“Dalam usaha untuk merancakkan aktiviti ekonomi di luar bandar, sebanyak RM90.6 juta telah diperuntukkan untuk program-program pembangunan ekonomi dan program keusahawanan di luar bandar.

Bagi program meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan miskin, miskin tegar dan kumpulan B40 luar bandar, sebanyak RM375 juta telah diperuntukkan di bawah Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang merupakan kenaikan sebanyak 33.9% berbanding peruntukan tahun 2020. Program yang akan dilaksanakan adalah meliputi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Latihan kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dan Program Peningkatan Pendapatan (PPP).” kata Ahli Parlimen Mersing itu.

Mengenai dengan peruntukan bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera, Dr. Abd. Latiff berkata untuk tahun 2021, sebanyak RM2 billion telah diperuntukkan untuk Program Penajaan Pendidikan MARA yang akan memberi manfaat kepada 50,000 pelajar termasuk 21,000 pelajar baharu. Di samping itu, pembangunan Orang Asli tidak akan dipinggirkan di mana RM236.2 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Ini meliputi program pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan serta pengukuran tanah bagi penandaan sempadan untuk memperkasa komuniti Orang Asli di Malaysia.

“KPLB juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM410.8 juta untuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan RM482.1 juta bagi FELCRA yang akan memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil di bawah kedua-dua agensi berkenaan.

Bagi menyokong usaha untuk menggalakan pendidikan awal kanakkanak terutamanya di luar bandar, Program Geran Per Kapita dan Bantuan Makanan Tambahan serta penyelenggaraan dan pembaikan TABIKA dan TASKA KEMAS masih lagi diteruskan pada tahun 2021 bagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM169.5 juta.

KPLB akan terus memastikan perancangan yang telah dirancang akan dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan serta memberi impak kepada rakyat. Perancangan ini akan meneruskan kesinambungan inisiatif keprihatinan kerajaan demi membantu rakyat dalam waktu sukar ketika pandemik Covid-19.” ujar Dr. Abd. Latiff.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...