AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

KKM dan MOSTI adakan mesyuarat JKJAV pertama kali secara bersama

89

PUTRAJAYA, 24 OKTOBER 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) pertama kali secara bersama semalam di mana ia dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Ia diadakan untuk memastikan bekalan vaksin COVID-19 kepada negara dapat diperoleh dengan segera, selamat dan sempurna bagi melindungi rakyat Malaysia daripada COVID-19 seterusya membantu merancakkan kembali ekonomi negara. 

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan bersama oleh kedua-dua Kementerian terbabit pada hari ini, objektif penubuhan JKJAV adalah untuk memastikan bekalan vaksin COVID-19 diperoleh segera di mana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin COVID-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan.

“Dalam mesyuarat tersebut, beberapa jawatankuasa kecil turut dibentuk merentasi pelbagai Kementerian dan agensi bagi melaksanakan tugasnya dalam pemilihan, pendaftaran, kelulusan, pengimportan, penstoran, logistik, pengangkutan, pengagihan dan pemberian vaksin.

Empat jawatankuasa kecil tersebut adalah:

  1. Polisi Vaksinasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksin Yang Sesuai
  2. Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin
  3. Kewangan dan Perolehan
  4. Komunikasi

Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga.  Bekalan vaksin ini dijangka mula diperolehi pada suku pertama 2021 dengan keutamaan bakal diberikan kepada para petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan imigresen.” kata KKM.

Tambah KKM dan MOSTI lagi, Kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan pihak COVAX yang mempunyai sembilan calon vaksin di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI).

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung COVID-19 Kementerian Kewangan Malaysia.

Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin COVID-19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang telah diluluskan dan terbukti selamat kelak.” jelas Kementerian.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...