AMPendidikan @ My LNA

Menteri Perpaduan luluskan peruntukan untuk 4 PRT dan 4 Tabika Perpaduan di Putatan, Sembulan dan Kimanis

97

KOTA KINABALU 13 September 2020 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih dan naik taraf premis serta perolehan peralatan dan perabot untuk empat (4) buah PRT dan empat (4) Tabika Perpaduan di Putatan, Sembulan dan Kimanis, lawatan kerja beliau ke Negeri Sabah pada 10 September hingga 13 September 2020

Menurut Kementerian Perpaduan Negara melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, di negeri Sabah terdapat sebanyak 1,061 unit KRT, 142 Tabika Perpaduan dan 2 Taska Genius Perpaduan di 26 buah daerah.

Sumber Foto Facebook Rasmi Kementerian Perpaduan Negara

“Selain meluluskan peruntukan tersebut Menteri turut menyerahkan kit peralatan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kepada KRT Bipisi, Bongawan yang mempunyai SRS paling aktif di negeri Sabah dan telah dicalonkan mewakili negeri Sabah ke Anugerah Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2020 yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Sebanyak 55 SRS di 14 buah daerah di Sabah akan turut menerima edaran kit peralatan ini dalam masa yang terdekat untuk digunakan semasa rondaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” jelas Kementerian.

Tambah Kementerian, sehingga Ogos 2020, Kementerian telah menyalurkan peruntukan geran kepada KRT, serta peruntukan tambah baik kepada Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di Sabah seperti berikut:

Bil.Jentera PerpaduanBilanganJumlah
A.Kawasan Rukun Tetangga (KRT)1,061RM5,069,500
B.Tabika Perpaduan21RM508,780
C.Taska Genius Perpaduan2RM40,000
JUMLAH BESAR: RM5,618,280

Selain daripada itu, Kementerian turut menyalurkan peruntukan bantuan COVID-19 berjumlah RM303,226.00 seperti berikut:

Bil.Jentera PerpaduanJenis PeruntukanJumlah
A.Skim Rondaan Sukarela (SRS)Pembelian peralatan rondaan SRSRM79,750
B.Tabika PerpaduanSanitasi dan penyediaan premis,
pembelian hand sanitiser dan
pelitup muka.
RM216,976
C.Taska Genius PerpaduanSanitasi dan penyediaan premis,
pembelian hand sanitiser dan
pelitup muka.
RM6,000
JUMLAH BESAR: RM303,226

Kata Kementerian lagi negeri Sabah merupakan lawatan turun padang YB Menteri Perpaduan Negara yang ke-enam (6) dalam siri lawatan beliau melawat Jentera Perpaduan di seluruh Malaysia selepas penubuhan Kementerian ini pada 10 Mac 2020.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...