AM

Projek Rundingan Terus : Fadillah beri penjelasan

118

28 Ogos 2020 – Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof pada hari ini menberikan penjelasan mengenai kenyataan beliau pada pagi Rabu, 26 Ogos 2020, mengenai wujud projek secara rundingan terus di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) sewaktu pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Fadillah, Senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dikeluarkan Menteri Kewangan, YBM Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, petang Rabu, 26 Ogos 2020, adalah merujuk kepada projek yang telah dikeluarkan tawaran dan dimuktamadkan.

“Manakala senarai projek rundingan terus di bawah PH yang ada pada KKR adalah projek yang telah diberikan kelulusan untuk rundingan terus di bawah pemerintahan PH, ada yang belum dikeluarkan surat tawaran, dan masih dalam perundingan.

Antara projek yang terlibat dalam rundingan terus di zaman PH di bawah KKR ialah i) Sarawak – Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1 (RM1.2 bilion), ii) 2 Pakej Central Spine Road (CSR) Pakej 4A dan 4B (RM808.8 juta), iii) 2 projek sekolah daif di Sarawak (RM27.1 juta) ; dan iv) 2 jambatan (Baram dan Lubok Antu) di Sarawak (RM9 juta)” jelas Fadillah melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Kata beliau lagi, dua projek telah dikeluarkan Surat Niat (LOI – Letter of Intent) dengan ianya telah dirujuk semula kepada Kementerian Kewangan untuk pembatalan dan penilaian semula perlu dibuat supaya tender terbuka ditawarkan. Projek tersebut melibatkan dua jambatan di Baram dan Lubok Antu.

“Untuk makluman juga KKR di bawah Kerajaan hari ini konsisten dalam menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan PH seperti penamatan perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) Pan Borneo.

Pada masa sama ada juga keputusan untuk rundingan terus yang telah diputuskan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu telah dirujuk kembali kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan agensi pusat berkenaan.” ujar Fadillah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...