AMNiaga @ My LNA

Eksport Malaysia berkembang 3.1 peratus kepada RM92.5 billion

218

PUTRAJAYA 28 OGOS 2020 – Eksport Malaysia pada Julai 2020, kekal mencatat pertumbuhan positif selama dua bulan berturut-turut, meningkat 3.1 peratus kepada RM92.5 bilion tahun ke tahun.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin ini juga merupakan nilai eksport kedua tertinggi yang pernah dicatatkan, selepas RM97.1 bilion dicatatkan pada Oktober 2018.

“Eksport semula bernilai RM20.8 bilion mencatat kenaikan 15.6 peratus tahun ke tahun dan menyumbang 22.5 peratus kepada jumlah eksport. Sementara itu, eksport domestik menurun sedikit iaitu 0.1 peratus kepada RM71.7 bilion.

Sebaliknya, import yang bernilai RM67.4 bilion, menurun 8.7 peratus tahun ke tahun, menghasilkan lebihan dagangan berjumlah RM25.1 bilion, meningkat 57.5 peratus berbanding Julai 2019. Ini adalah lebihan perdagangan terbesar yang pernah dicatatkan setakat ini.

Sementara itu, jumlah dagangan Malaysia berjumlah RM159.9 bilion, menurun 2.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.” jelas Dr. Mohd Uzir melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia juga melaporkan bahawa peningkatan eksport disebabkan oleh peningkatan eksport ke Amerika Syarikat (+RM2.5 bilion) dan China (+RM1.9 bilion).

“Walau bagaimanapun, eksport ke Emiriah Arab Bersatu menurun sebanyak RM467.2 juta. Sementara itu, import yang lebih rendah terutamanya daripada Republik Korea (-RM1.4 bilion), China (-RM1.4 bilion), Kesatuan Eropah (-RM1.2 bilion) dan Australia (-RM1.0 bilion). Bagaimanapun, import dari India mencatatkan kenaikan sebanyak RM889.7 juta.

Produk utama yang menyumbang kepada peningkatan eksport adalah barangan elektrik dan elektronik (+RM3.3 bilion), keluaran getah (+RM1.9 bilion) dan minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak kelapa sawit (+RM1.6 bilion). Sementara itu, penurunan import dicatat bagi kelengkapan pengangkutan (-RM1.5 bilion), kimia dan bahan kimia (-RM1.4 bilion), jentera, kelengkapan dan peralatan (-RM1.1 bilion) dan petroleum mentah (-RM1.1 bilion).” jelas Ketua Perangkawan itu.

Tambah beliau, penurunan dalam import mengikut penggunaan akhir disumbangkan oleh barangan perantaraan dan barangan modal.

“Import barangan perantaraan turun 17.3 peratus atau RM6.7 bilion kepada RM32.2 bilion. Barangan modal menurun 19.7 peratus atau RM1.7 bilion kepada RM6.7 bilion. Sementara itu, import barangan penggunaan mencatat kenaikan 0.1 peratus kepada RM6.4 bilion.” kata Dr. Mohd Uzir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...