Home AM Tiada kompromi dengan salah laku penjawat awam – Rina Harun
AM

Tiada kompromi dengan salah laku penjawat awam – Rina Harun

PUTRAJAYA 26 Ogos 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan integriti pegawai-pegawai di Kementerian, Jabatan atau agensi.

Meurut Rina melalui kenyataan media yang diedarkan semalam, Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 berhubung dengan kehilangan wang awam melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bernilai RM543,088.00.

“Susulan daripada laporan awal pihak Audit Negara, pihak JKM telah mengambil tindakan punitif terhadap pegawai-pegawai yang terlibat berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan integriti pegawai-pegawai di Kementerian, Jabatan mahupun agensi memandangkan penjawat awam telah dilengkapi dengan pelbagai peraturan dan tatacara kewangan serta memiliki integriti yang tinggi.” tegas Rina.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa turut berkata KPWKM sentiasa memastikan agar usaha-usaha pencegahan melibatkan integriti pegawai-pegawai seperti memberikan latihan yang bersesuaian dan meningkatkan keberkesanan mekanisme sedia ada dan pemantauan secara berterusan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...