AMCOVID-19 @ My LNANiaga @ My LNAPendidikan @ My LNA

Program PROTEGE-READY TO WORK bantu graduan dapatkan pekerjaan

119

PUTRAJAYA, 18 Ogos 2020 – Ekonomi negara sedang dalam fasa pemulihan pasca COVID-19 di mana akibat pandemik global tersebut pelbagai industri dan individu terkesan dan menyebabkan kehilangan pekerjaan, punca pendapatan dan sebagainya.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, perkara tersebut telah menyumbang kepada kadar pengangguran yang tinggi iaitu 4.9% atau bersamaan 773,200 orang berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) oleh Jabatan Perangkaan pada Jun tahun ini.

“Meskipun kadar pengangguran dilihat telah menurun sebanyak 0.4% berbanding bulan Mei 2020 iaitu pada 5.3% atau 826,100 orang, namun keadaan ini masih lagi membimbangkan.

Merujuk kepada Statistik Utama Tenaga Buruh, Malaysia Suku Pertama Tahun 2020, golongan belia berumur 15 hingga 30 tahun adalah paling ramai menganggur iaitu pada 6.9%. Dalam usaha menangani isu ini, Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif dan insentif dalam memastikan kesinambungan sumber pendapatan dan pekerjaan dapat dikekalkan terutama bagi golongan berpendapatan rendah B40. Justeru, sokongan dan komitmen GLC adalah amat dihargai dalam usaha untuk melaksanakan inisiatif penting Kerajaan melalui Program PROTEGE-RTW.” katanya melalui siaran media yang diedarkan semalam.

Tambah beliau, sehingga kini terdapat sebanyak 25 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), 600 syarikat-syarikat penerima perolehan Kerajaan di bawah arahan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (PP/PK1.2), 80 syarikat-syarikat swasta dan lain-lain telah mengambil bahagian dan komited melaksanakan program tersebut.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) juga turut bekerjasama dengan 120 Institusi Kewangan melalui Bank Negara Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO) bagi menempatkan lebih ramai graduan.

Sehubungan dengan itu, MEDAC amat mengalu-alukan penyertaan lebih banyak Syarikat Berkaitan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, syarikat swasta dan lain-lain dalam menjayakan agenda penting Kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran terutama dalam kalangan graduan.”ujarnya.

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan inisiatif penting Kerajaan melalui MEDAC untuk melaksanakan program meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan.

Program telah telah dijenamakan semula dari program asal iaitu Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pada September 2019. Ini adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 5: Memperkukuh Kesejahteraan Sosial.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

SCIB dan Awana Tandatangani Perjanjian Baru, Menjamin Kontrak Eksklusif untuk Projek PPAM Mualim

KUCHING, SARAWAK, 15 APRIL 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...