AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

KPKT iktiraf perkhidmatan cemerlang PPW dan PPG melalui penganjuran Anugerah Kredit Madani 2024

380

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Anugerah Kredit MADANI (AKM) 2024 bertempat di Hotel Berjaya Times Square pada pagi semalam. Anugerah yang julung kali dianjurkan oleh KPKT ini bermula tahun 2024 dan akan dilaksanakan secara dwitahunan.

Anugerah itu merupakan satu bentuk pengiktirafan atas inisiatif, usaha berterusan, tatakelola perniagaan dan perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) berlesen yang layak dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Ia antara lain menunjukkan tahap profesionalisme dan pematuhan akta/peraturan yang tinggi, memberi sokongan kewangan keusahawanan, melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sebagainya. Sehingga 30 April 2024, terdapat 4,416 PPW berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan 881 PPG berlesen di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81).

Terdapat tujuh (7) anugerah kecemerlangan bagi PPW dipertandingkan iaitu Anugerah Khas Menteri PPW MADANI, Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori PPW Paid Up Capital melebihi daripada RM2 Juta, Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori PPW Paid Up Capital RM2 Juta), Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Terbaik (Kategori PPW Paid Up Capital melebihi daripada RM2 Juta), Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Terbaik (Kategori PPW Paid Up Capital RM2 Juta), Anugerah Perniagaan Paling Bernilai (Kategori PPW Paid Up Capital melebihi daripada RM2 Juta) dan Anugerah Perniagaan Paling Bernilai (Kategori PPW Paid Up Capital RM2 Juta).

Manakala terdapat tujuh (7) kategori kecemerlangan bagi PPG iaitu Anugerah Khas Menteri PPG MADANI, Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori PPG Paid Up Capital melebihi daripada RM4 Juta), Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori PPG Paid Up Capital RM4 Juta), Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Terbaik (Kategori PPG Paid Up Capital elebihi daripada RM4 Juta), Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Terbaik (Kategori PPG Paid Up Capital RM4 Juta), Anugerah Perniagaan Paling Bernilai (Kategori PPG Paid Up Capital melebihi daripada RM4 Juta) dan Anugerah Perniagaan Paling Bernilai (Kategori PPG Paid Up Capital RM4 Juta).

Buat julung kalinya, Majlis Anugerah Kredit MADANI 2024 yang bakal berlangsung pada 15 November 2024 ini melibatkan kerjasama dari rakan strategik dengan pihak Persatuan Pemberi Pinjam Wang, Persatuan Pemegang Pajak Gadai dan pemain industri dalam menjayakan penganjuran majlis ini. Penerima anugerah yang layak akan diberikan penghargaan dan ganjaran dalam bentuk hadiah wang tunai bernilai sehingga RM20,000 (tertakluk kepada kategori), Sijil Penghargaan dan trofi. Penyertaan bagi anugerah ini telah mula dibuka bermula pada 17 Mei 2024 sehingga 9 Ogos 2024.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming

“Anugerah berprestij ini diharap dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada syarikat PPW dan PPG berlesen dan berdaftar di bawah KPKT untuk sentiasa mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] dan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81].

“Penganjuran anugerah ini mengiktiraf komitmen PPW dan PPG dalam pelaksanaan inovasi dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta membudayakan semangat daya saing dalam memberi manfaat khususnya kepada komuniti setempat. Ini termasuklah memberi sokongan kredit kepada perusahaan dan syarikat korporat.” kata Nga Kor Ming,

Dalam majlis sama, beliau turut mengingatkan kepada seluruh masyarakat agar memastikan setiap proses permohonan pinjaman dan gadaian dilaksanakan mengikut prosedur yang betul bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. Ini penting bagi memastikan peranan PPW dan PPG tidak disalah gunakan serta dimanipulasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...