BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

“Ronggeng Melayu” pembuka tirai PST2024

168

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) terus komited dalam menyemarak dan memartabatkan seni budaya negara dengan pelaksanaan Panggung Seni Tradisional 2024 (PST2024) bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC). Menurut JKKN, PST kembali lagi tahun ini dengan persembahan yang lebih menarik dan menghiburkan.

“PST merupakan medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik, dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013. Bermula tahun 2019 pula, pelaksanaan program ini telah disebarluaskan ke peringkat negeri melalui JKKN Negeri. Persembahan Panggung Seni Tradisional merangkumi tiga (3) genre kesenian iaitu tari, muzik dan teater.

PST ini merupakan langkah pemuliharaan dan pengekalan seni warisan serta memartabatkan kesenian tradisional ke tahap yang lebih cemerlang. PST bukan sahaja untuk menjadikan Kuala Lumpur dan setiap negeri sebagai hab persembahan kesenian tradisional, malahan seterusnya mengangkat program ini sebagai produk pelancongan kebudayaan.

Keunikan PST adalah untuk menonj olkan keindahan kebudayaan dan kesenian tradisional masyarakat majmuk Malaysia yang diserikan melalui lima (5) persembahan yang kaya dengan nilai estetika tersendiri. Persembahan Tarian Dan Muzik Melayu: “Ronggeng Melayu” oleh Nusantara Performing Arts Research Center (NUSPARC) akan membuka tirai PST pada malam ini (semalam) yang bermula jam 8.30 malam.” kata JKKN.

“Ronggeng Melayu” adalah wadah budaya orang Melayu yang membawa erti lebih besar daripada sekadar menari atau perlakuan kesenian. Fungsinya terhadap masyarakat sebagai memenuhi kehendak manusia untuk bersosial. Di dalam ronggeng, seni tarian itu menjadi medium pergaulan kepada kelompok sosial dan penglibatan secara menyeluruh tanpa membezakan darjat ataupun kasta, bersatu menari bersama dalam rentak yang berubah-ubah.

PST2024 akan terus membawakan persembahan Rampaian Tradisional Cina: iaitu “Gema Kesenian Cina Malaysia” oleh Pertubuhan Kumpulan Kesenian Mahligai Budaya Kuantan pada 28 & 29 Jun 2024. Persembahan tersebut adalah mengenai Gendang Cina, tarian Singa, persembahan alat muzik Er Hu, opera dan tarian Naga merupakan antara elemen kesenian penting dalam budaya bangsa Cina.

“‘Gema Kesenian Cina Malaysia’ adalah sebuah persembahan yang membawa khalayak menyelami budaya tradisi masyarakat ini dengan meneroka asal usul, falsafah serta semangat mereka sambil menghayati kesenian tersebut yang sangat kaya dan indah.” kata JKKN.

Dalam pada itu, pada 6 & 7 September 2024, PST akan mempersembahkan Teater Tradisional Randai: “Kobau Den Lopeh” oleh Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan. Randai adalah salah satu seni persembahan teater radisional masyarakat di Negeri Sembilan.

“Persembahan ini mencakupi unsur teater, muzik dan tarian tradisional yang berasal usul dari tanah Minangkabau, Sumatera. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan antara Randai Negeri Sembilan dengan Randai Minangkabau setelah melalui proses perubahan masa dan kesesuaian budaya setempat.

““Kobau Den Lopeh” merupakan sebuah pementasan teater Randai menggunakan gerakan, dialek serta cerita di Negeri Sembilan. Berkisar tentang rumah pusaka milik keluarga, ia sedikit sebanyak memberi maklumat kepada masyarakat luar tentang pembahagian rumah pusaka di Negeri Sembilan selain mengenali kesenian tarian dan muzik yang ada dalam persembahan tersebut.” kata JKKN.

Teater Klasik India: “Ayyappa” pula akan menemui warga kota pada 27 & 28 September 2024 oleh Pertubuhan Kesenian & Kebudayaan Sri Rathakrishanan Music & Arts Center. Ayyappa adalah dewa Hindu yang terkenal dan dipuja di Selatan India. Dewa Ayyappa dipercayai dilahirkan hasil penyatuan antara Dewa Shiva dan Mohini yang dianggap sebagai avatar Dewa Vishnu. Disebabkan itu, Ayyappa juga dikenali sebagai ‘Hariharan Puthiran’ atau ‘Hariharputhra’, yang bermaksud ‘anak’ atau Vishnu dan ‘Haran’ atau Shiva.

“Legenda mengatakan bahawa apabila Shiva dan Mohini meninggalkan Ayappa ketika masih bayi di sungai Pampa, Raja Rajashekhara dari Pandalam yang tidak mempunyai anak telah menemui bayi tersebut dan mengambilnya sebagai anak angkat. Di dalam persembahan ini, olahan cerita seterusnya memaparkan bagaimana proses pembesarannya dan konflik di istana telah mencorak tingkah laku serta pemikiran beliau terhadap kehidupan.” kata JKKN.

Penutup PST bagi 2024 adalah pementasan dari Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching yang akan membawakan persembahan Teater Lagenda Melanau: “Tugau” pada 25 & 26 Oktober 2024. Tugau adalah sosok manusia yang melantik dirinya sebagai Raja Pasai berdasarkan cerita legenda etnik Melanau. Pelbagai kesenian tradisional masyarakat tempatan meliputi sambutan menuai padi, majlis pertabalan raja dan mendirikan tiang istana serta sambutan kelahiran, permainan tradisi, adat perkahwinan sehinggalah upacara perubatan. Di sebalik keindahan tersebut, pemerintahan Tugau telah mengalami beberapa peristiwa yang menyaksikan hala tuju dan kesudahan beliau sebagai seorang Raja kepada kerajaan Pasai.


Discover more from Life News Agency

Subscribe to get the latest posts to your email.

Leave a comment

Leave a Reply

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Mesej Tular Dakwa Pelbagai Risiko Varian Baharu Covid-19 Adalah Isu Kitar Semula

Oleh JomCheck Talian JomCheck baru ini telah disoal berkaitan ketulenan satu mesej...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNA

Hikmah Mengingati Kematian Dari Perspektif Islam

Oleh: 1Siti Jamilah Mohd Sukri dan 2Nadiah Mohd Noor Setiap insan yang...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNA

Amalan Gaya Hidup Hayatan Toyyibah Dari Perspektif Islam

Oleh : 1Siti Jamilah Mohd Sukri & 2 Che Nurul Asyiqin Che...

AMBM @ MY LNA

Melaka atur strategi erat persahabatan Malaysia-China

Oleh LIANA SAHABUDIN/MELAKA HARI INI BANDARAYA MELAKA 13 Jun 2024 – Kerajaan...

Discover more from Life News Agency

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading