AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Pengalaman berharga melalui Program Mobiliti Mahasiswa UPSI di Indonesia.

427

Setiap perjalanan dan pengembaraan ke sesuatu tempat dapat membuka minda dan perspektif seseorang dalam pelbagai aspek dalam kehidupan.

Justeru, hal ini dapat memberi seribu satu kebaikan lebih-lebih lagi dalam sektor pendidikan.

Sekumpulan mahasiswa/i dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai dan terlibat dalam sebuah program mobiliti mahasiswa di Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten (UIN SMH Banten) Indonesia pada Disember 2023.

Seramai 15 orang yang terdiri daripada mahasiswa/i mewakili tiga jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Jabatan Kaunseling telah mengikuti program mobiliti mahasiswa di sana.

Penyertaan dalam program mobiliti di Indonesia yang berlangsung selama 8 hari sememangnya merupakan peluang keemasan buat mahasiswa UPSI.

Hal ini demikian kerana program mobiliti yang diadakan membolehkan mahasiswa UPSI untuk saling bertukar ilmu selain dapat mengenali budaya unik warga Indonesia.

Kuliah bersama

Antara aktiviti menarik yang diadakan sewaktu program mobiliti tersebut adalah aktiviti mengikuti kuliah bersama-sama mahasiswa UIN SMH Banten.

Mahasiswa UPSI perlu menghadiri satu sesi kuliah mengikut program masing-masing dan diberikan ruang untuk berkongsikan sedikit sebanyak ilmu mengenai pendidikan di Malaysia.

Menerusi pengalaman tersebut juga, mahasiswa UPSI dapat merasai suasana belajar di kampus yang semestinya mempunyai kelainannya yang tersendiri.

Jakarta ibu kota Indonesia

Tidak hanya berfokuskan terhadap akademik di kampus semata-mata, mahasiswa UPSI juga berpeluang untuk melawat ibu kota Indonesia, Jakarta yang tidak jauh dengan daerah/provinsi Banten.

Jakarta merupakan sebuah bandar moden yang mempunyai kepadatan penduduk yang padat tetapi masih lagi mengekalkan keunikan budayanya dan saya tidak melepaskan peluang untuk meneroka pelbagai tempat-tempat menarik di sana. Para pelajar UPSI dapat melawat Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai Monas, tugu yang dibina bagi memperingati perjuangan rakyat Indonesia untuk mendapatkan kemerdekaan; Masjid Istiqlal Jakarta yang merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dan juga Kota Tua yang memperlihatkan keindahan seni arkitek Belanda pada bangunan lama.

Bukan sahaja dapat meneroka bandar Jakarta, tetapi juga dapat mengetahui sejarah dan budaya masyarakat Banten dengan melawat tapak bangunan bersejarah Keraton Kaibon, melawat Muzium Banten dan menikmati keindahan hijau Bukit Waruwangi.

Pengembaraan di Jakarta dan Banten tidak akan lengkap sekiranya tidak mencuba pelbagai makanan tradisi seperti Nasi Uduk, Bakso, Sate Bandeng dan Seblak yang enak.

Pengalaman bermakna

Penglibatan dalam pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan di sana memberikan kenangan manis dan pengalaman berharga yang sudah pastinya akan dirindui dan sentiasa tersemat di jiwa.

Sifat keterbukaan dalam menerima dan melayani kunjungan pelajar Malaysia sebagai tetamu dengan sangat baik dan hati yang terbuka membuatkan pelajar berasa selesa sepanjang berada di sana dan juga belajar untuk sentiasa beradab serta bersopan santun.

Sewaktu acara penutup, sedikit sebanyak seni budaya Malaysia telah dipersembahkan melalui penyampaian sebuah sajak dan juga tarian sumazau.

Penghargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih diberikan kepada Fakulti Pembangunan Manusia kerana telah memberi peluang kepada mahasiswa UPSI untuk menimba ilmu di negara jiran dan memperoleh pengalaman yang sangat bermakna menerusi program mobiliti mahasiswa ini.

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih turut diberikan kepada pihak Pusat Mobiliti dan Antarabangsa (IMC) dan keluarga yang turut memberikan dana bantuan kewangan kepada mahasiswa UPSI yang terlibat bagi menjayakan program mobiliti tersebut. Penghargaan juga diberikan kepada UIN SMH Banten yang telah menyediakan akomodasi dan fasiliti lengkap sepanjang berada di sana.

Akhir sekali, diharapkan agar program mobiliti mahasiswa akan tetap diteruskan supaya mahasiswa berpeluang untuk melihat daripada sudut perspektif yang lebih luas serta dapat mengaplikasikan dan mengadaptasi ilmu yang diperoleh dari negara seberang dalam pendidikan demi ke arah pendidikan negara yang lebih baik.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...