AMCOVID-19 @ My LNAPendidikan @ My LNAWanita @ My LNA

Tempoh pengecualian sumbangan di Tabika Perpaduan (TP) dan Taska Genius Perpaduan (TGP) dipanjangkan hingga Disember

117

12 Ogos 2020 – Tempoh pengecualian sumbangan di Tabika Perpaduan (TP) dan Taska Genius Perpaduan (TGP) seluruh negara dipanjangkan lagi bermula bulan Julai 2020 hingga bulan Disember 2020.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique melalui kenyataan media semalam yang diedarkan semalam, pemanjangan tempoh pengecualian caj bayaran tersebut akan melibatkan seramai 38,749 murid di 1,781 TP dan 947 orang kanak-kanak di 172 TGP.

“Keputusan ini diambil bagi meringankan beban kewangan ibu bapa/penjaga murid dan kanak-kanak di TP dan TGP yang masih terjejas berikutan daripada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID-19 yang lepas” kata Halimah.

Sebelum ini pada 19 Mac lepas, beliau telah mengumumkan pengecualian sumbangan ibu bapa/penjaga bagi tempoh Mac 2020 hingga Jun 2020.

“Kementerian Perpaduan Negara menasihatkan semua pihak yang terbabit di dalam operasi TP dan TGP, ibu bapa/penjaga dan semua anak-anak secara amnya agar mengikut SOP dan mengamalkan normal baharu kawalan kendiri seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan sanitasi bagi menghentikan penularan wabak COVID-19 ini.” ujar Halimah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...