Home MY LNA AM Politik @ My LNA Kes Betty Chew : Wanita PH desak dikendalikan secara telus dan adil
Politik @ My LNAWanita

Kes Betty Chew : Wanita PH desak dikendalikan secara telus dan adil

12 Ogos 2020 – Berita penangkapan ke atas Betty Chew, isteri kepada mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 7 Ogos 2020 yang lepas amat mengejutkan. Susulan itu semalam, Wanita Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan mendesak supaya kes isteri Ahli Parlimen Bagan tersebut dikendalikan secara telus dan adil.

“Kita belum lagi reda dengan berita tuduhan tidak berasas ke atas Sdr Lim Guan Eng oleh SPRM. Kemarahan bukan saja dirasai oleh anggota-anggota PH bahkan juga oleh masyarakat umum yang tanpa henti menghantar mesej solidariti, simpati dan keprihatinan mereka di ruang media sosial yang bagi mereka jelas menggambarkan agenda kerajaan ini menyasarkan ahli keluarga Sdr Lim khususnya isteri beliau.

Kami Wanita PH mendesak supaya kes Sdri Betty Chew dikendalikan secara telus dan adil, juga kami memperingatkan dengan tegas agar agensi kerajaan bersikap professional mengikut undang-undang tanpa rasa takut dan pilih kasih, dan yang lebih utama tidak menjadi alat kepada tuan politik hanya untuk menenggelamkan suara-suara yang menentang amalan korup dan penyalahgunaan kuasa.” tegas Fuziah Salleh (PKR), Aiman Athirah Al Jundi (AMANAH) dan Chong Eng (DAP) di dalam kenyatan media bersama mewakili Wanita PH yang diedarkan semalam.

https://youtu.be/9MG1Oow3Or0

Mereka turut mengulangi pendirian berdiri teguh dalam solidariti bersama Betty Chew, yang merupakan tunggak kekuatan bukan sahaja terhadap suaminya Lim Guan Eng bahkan juga bagi keluarga dan ibu beliau Puan Neo, yang bersama-sama dalam saat getir yang menimpa keluarga ini atas pertuduhan tanpa asas oleh pihak Kerajaan masa ini.

“Ahli keluarga kepada pemimpin-pemimpin politik kerap menjadi sasaran yang mudah bagi pihak lawan, khususnya di kalangan mereka yang berada di pihak pembangkang. Ini adalah suatu cara lapuk dan menjengkelkan yang sepatutnya tidak lagi berlaku di zaman ini.

Tetapi ternyata perkara sedemikian terus menjadi satu senjata ampuh di bawah Kerajaan Perikatan Nasional hari ini. Ini hanya membuktikan Kerajaan hari ini tidak serius dalam membawa agenda perubahan ke arah perkhidmatan yang berintegriti, bersih lagi telus dengan masih membenarkan politik toksik, dendam dan pertuduhan yang tidak berasas” bidas mereka.

Jumaat lepas, Betty Chew ditahan kira-kira pukul 11 pagi ketika diminta hadir ke ibu pejabat SPRM di Pulau Pinang bagi merekodkan kenyataan untuk membantu siasatan SPRM mengenai penglibatan beliau dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Beliau didakwa menerima pengubahan wang haram bernilai RM87,009 , RM180,000 dan RM105,000 yang dimasukkan ke akaun peribadi miliknya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...

MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

BernamaMY LNAUTAMAWanita

Pendaftaran Kini Dibuka Untuk Acara Pemecut Keusahawanan Wanita Unga78, Menandakan Pencapaian Ulang Tahun Keempat

NEW YORK, 14 Sept (Bernama) — Selaras dengan sesi ke-78 Perhimpunan Agung...

MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...