AMNiaga @ My LNA

Rizal Nainy dilantik sebagai CEO SME CORP Malaysia baharu

188

Putrajaya, 6 Ogos 2020 – SME Corp. Malaysia menerima pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu iaitu Encik Rizal bin Nainy, berkuatkuasa mulai 21 Julai 2020.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar melalui kenyataan media yang diedarkan hari ini, Encik Rizal Nainy memiliki pengalaman luas dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan keusahawanan.

“Berkelulusan dari Imperial College, University of London dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Charles Sturt University, Australia, Encik Rizal Nainy telah menyertai SME Corp. Malaysia sejak 1 Jun 2016.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Pelaksanaan dan Pemantauan di SME Corp. Malaysia yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program-program pembangunan PKS di Malaysia” jelas Dr. Wan Junaidi .

Tambah Menteri, sebelum menyertai SME Corp. Malaysia, Encik Rizal Nainy mempunyai pengalaman selama enam tahun dalam bidang transformasi strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merangka strategi dan memacu program transformasi ekonomi.

“Beliau telah ditugaskan bagi projek berprofil tinggi seperti bidang ekonomi utama Elektrik & Elektronik (terutamanya dalam LED, Semikonduktor, Solar dan Elektronik Industri), Inovasi, Nanoteknologi, Kenderaan Elektrik, Rel, Grid Pintar serta melaksanakan Program Kejuruteraan Semula Pengurusan dan Perniagaan.

Beliau juga berpengalaman selama 16 tahun dengan syarikat Shell di peringkat tempatan dan global, dan memegang pelbagai jawatan serta mempunyai kepakaran profesional merangkumi Perniagaan Runcit Hiliran Minyak & Gas.” kata Ahli Parlimen Santubong itu.

Menteri MEDAC tersebut turut percaya bahawa dengan pengalaman luas lebih dari 20 tahun di kedua-dua sektor awam dan korporat, Encik Rizal Nainy akan menerajui dan memperkukuhkan lagi operasi dan perkhidmatan SME Corp. Malaysia dalam memaju dan membangunkan PKS di Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...