Home Alam Sekitar Menteri dan Timbalan Menteri MOSTI akan lawat lokasi PDF Lynas secara fizikal setelah sidang Parlimen selesai
Alam SekitarAMniaga

Menteri dan Timbalan Menteri MOSTI akan lawat lokasi PDF Lynas secara fizikal setelah sidang Parlimen selesai

PUTRAJAYA 6 Ogos 2020 – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Haji Ahmad Amzad Hashim hari ini menyatakan bahawa Menteri MOSTI iaitu YB Khairy Jamaluddin dan beliau sendiri akan melakukan lawatan secara fizikal ke lokasi tapak pelupusan kekal (PDF) Lynas, sebaik sahaja sidang Parlimen selesai.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menerusi kenyataan media yang diedarkan oleh MOSTI hari ini, Kementeriannya sentiasa terbuka untuk menerima apa sahaja pandangan tidak kira daripada Kerajaan mahupun pembangkang berhubung lokasi PDF Lynas.

“Ini adalah negara kita Malaysia, kita sama-sama sayangkan negara kita. Jadi semua cadangan yang baik untuk negara, MOSTI sentiasa terbuka.

YB Menteri telah memberi mesej yang jelas bahawa segala teknologi, segala pandangan dan segala inovasi yang baik untuk negara kita, ini adalah tanggungjawab MOSTI untuk mengetengahkannya demi kepentingan negara” katanya.

Isu lokasi PDF Lynas telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ketika sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja oleh Khairy Jamaluddin semalam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...