AMPolitik @ My LNA

Kenyataan Lim Guan Eng berniat jahat, PH tidak pernah tolak CPTPP – Azmin Ali

102

4 Ogos 2020 – Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa bahawa celahan YB Lim Guan Eng ketika sesi penggulungan perbahasan Titah DiRaja pada Isnin adalah mengelirukan serta berniat jahat untuk memesongkan fakta sebenar.

“Celahan Yang Berhormat Lim Guan Eng ketika sesi penggulungan perbahasan Titah DiRaja yang mempersoalkan jawapan saya berkaitan pendirian Kerajaan mengenai Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) adalah bersifat politik dan tidak bertanggungjawab.

Ingin saya tegaskan bahawa jawapan yang saya berikan adalah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 5 September 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang bersetuju supaya Malaysia meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) tanpa menetapkan tempoh khusus untuk ratifikasi tersebut.” tegas Azmin menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Azmin turut menjelaskan bahawa beberapa perbincangan susulan berkaitan CPTPP di peringkat Jemaah Menteri sepanjang tahun 2019 dan awal tahun 2020 adalah untuk menilai kesediaan Malaysia dalam melengkapkan proses domestik, khususnya dalam memuktamadkan pindaan undang-undang yang telah dikenalpasti ke arah meratifikasikan CPTPP.

“Jemaah Menteri pentadbiran Pakatan Harapan tidak pernah membuat keputusan untuk menolak CPTPP seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat Lim Guan Eng.

Justeru, kenyataan yang dibuat oleh YB Lim Guan Eng adalah mengelirukan berniat jahat untuk memesongkan fakta sebenar. Ianya tidak wajar dikeluarkan oleh seorang yang memegang salah satu portfolio penting dalam Kabinet Pakatan Harapan pada ketika itu.” kata Azmin.

Justeru, Ahli Parlimen Gombak tersebut menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...