Home AM Bantuan Kerusi Roda telah disampaikan minggu lepas – Rina Harun
AMParlimenPolitikWanita

Bantuan Kerusi Roda telah disampaikan minggu lepas – Rina Harun

4 Ogos 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YBM Datuk Seri Rina Mohd Harun menjelaskan bahawa isu bantuan kerusi roda kepada seorang OKU yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Padang Serai YB Karupaiya Mutusami telah selesai sejak minggu lepas.

“Semasa sesi penggulungan di Parlimen (Dewan Rakyat) tadi, Ahli Parlimen Padang Serai mencelah dengan bertanyakan mengenai bantuan kerusi roda kepada seorang OKU yang beliau kemukakan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang menurutnya belum diselesaikan.

Saya memberikan jawapan akan menyemak pada kadar segera.” ujar Rina melalui hantaran di Facebook rasmi beliau semalam.

Setelah selesai membuat penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda bagi Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas mewakili KPWKM semalam, Ahli Parlimen Titiwangsa itu terus berjumpa Karupaiya bagi memberikan jawapan kepada isu tersebut.

“Saya memaklumkan kepada beliau bahawa bantuan itu sebenarnya telah pun disampaikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 28 Julai 2020.” ujar Rina.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...