AM

Logo Rasmi Belanjawan 2020 – Kementerian Kewangan Malaysia

127

20 September 2019 – Kementerian Kewangan pada hari ini telah melancarkan logo rasmi Belanjawan 2020 yang boleh dimuat turun di portal Cadangan Belanjawan 2020 (www.belanjawan2020.treasury.gov.my) mulai hari ini dan laman sesawang rasmi Kementerian Kewangan selepas tarikh pembentangan Belanjawan 2020 yang dijadualkan pada 11 Oktober 2019.

Pelancaran dan pengenalan logo tersebut bertujuan untuk mengelakkan orang awam keliru dengan lambakan logo Belanjawan di internet.

Menurut Kementerian lagi, Belanjawan 2020 merupakan Belanjawan kali kedua yang akan dibentangkan sepanjang pemerintahan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Tahun 2020 juga merupakan satu mercu kemuncak kepada pembangunan negara yang menjadi perhatian oleh semua rakyat Malaysia.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia. Oleh itu logo rasmi Belanjawan 2020 telah dilancarkan sebagai satu ikon simbolik kepada semangat kemakmuran dan perpaduan serta kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...