Home AM Portal EduwebTV boleh bantu teruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah- KPM
AMPendidikan

Portal EduwebTV boleh bantu teruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah- KPM

21 September 2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pelantar pembelajaran digital (portal.moe.edu.my atau portal.moe-dl.edu.my) yang boleh digunakan secara percuma di mana portal tersebut mengandungi sumber pendidikan digital dalam bentuk video kurikulum meliputi pra sekolah hingga sekolah menengah.

Menurut KPM di dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini portal tersebut disediakan bagi tujuan meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah diteruskan walaupun sekolah diarahkan tutup akibat bencana seperti jerebu yang melanda negara sekarang.

“Portal EduwebTV (eduwebtv.moe.edu.my) mengandungi sumber pendidikan digital dalam bentuk video kurikulum meliputi pra sekolah hingga sekolah menengah. Guru dan murid boleh mengakses portal EduwebTV untuk mencari maklumat topik-topik yang berkaitan sebagai pusat rujukan setempat.

Semua guru dan murid boleh mengakses menggunakan ID log masuk (ID login) yang telah dibekalkan kepada mereka. Melalui portal ini, mereka boleh mengakses bahan pembelajaran seperti buku teks digital dan sumber pendidikan lain bagi membuat latihan dan tugasan secara individu mahupun berkumpulan serta melaksanakan pentaksiran.” terang KPM di kenyataan tersebut.

KPM juga meyarankan agar sekolah mengambil tindakan proaktif bagi meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan memanfaatkan portal EduwebTV dan portal pembelajaran digital ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...