AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNARemaja @ My LNA

MAVCAP : Pembiayaan ekuiti baharu Lunex berjumlah US$10 juta

97

18 Julai 2020 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada hari ini mengeluarkan kenyatan media bagi membetulkan laporan beberapa agensi media berbahasa Inggeris yang menyebut pembiayaan ekuiti baharu Lunex berjumlah sebanyak RM10 juta sedangkan jumlah sebenarnya adalah USD10 juta.

“MOSTI merujuk kepada kesilapan beberapa laporan yang disiarkan agensi media berbahasa Inggeris kelmarin dan semalam (16 dan 17 Julai 2020) mengenai nilai program pembiayaan ekuiti baharu yang diperkenalkan iaitu Lunex berjumlah US$10 juta (RM42.6 juta).

Kesilapan laporan yang disebut adalah RM10 juta.” jelas Kementerian tersebut.

Menurut MOSTI, lagi MAVCAP, agensi di bawah MOSTI telah melancarkan dua (2) program pembiayaan ekuiti baharu iaitu Lunex (berjumlah US$10 juta) yang memberi fokus kepada start-up fintech serta Asia Greentech Fund (US$20 juta) dengan fokus kepada start-up teknologi hijau.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim telah memaklumkan mengenai pelancaran dua program tersebut ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengenai rancangan dan insentif bagi membangunkan serta mengukuhkan industri pemula niaga negara pasca pandemik COVID-19 terutama untuk belia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...