AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNAUTAMA

KKR perlukan sejumlah RM3.3 billion peruntukan bagi selesaikan backlog kerja penyelenggaraan laluan Persekutuan

150
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Kredit Foto : Youtube Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR. 14 Mac 2024 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukan sebanyak RM3.3 billion dari tahun 2018 hingga 2023 bagi kerja-kerja penyelenggaraan pavemen di jalan-jalan Persekutuan di Malaysia. Namun, jumlah peruntukan tersebut masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya.

Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika sesi Pertanyaan Lisan di Parlimen pagi hari ini, berdasarkan rekod KKR, masih terdapat sejumlah RM3.3 billion peruntukan yang diperlukan bagi menyelesaikan backlog kerja penyelenggaraan yang melibatkan laluan Persekutuan sepanjang 3821.03 km.

“Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, pelbagai faktor luaran telah menyumbang kepada kerosakan jalan. Antaranya faktor pertambahan bebanan trafik dan kenderaan berat yang melebihi muatan menjadi salah satu punca kerosakan jalan dan ia turut memendekkan jangka hayat jalan berkenaan. Pendekatan yang di ambil berdasarkan beberapa kriteria dan pertimbangan kejuruteraan dalam penentuan keutamaan bagi lokasi kerja penyenggaran jalan.

Lokasi-lokasi ditentukan berdasarkan tahap dan jenis kerosakan jalan, kadar isipadu kenderaan berat, hieraki jalan, kadar kemalangan dan kitaran hayat jalan. Perkara ini perlu diambil kira bagi mengetahui kemampuan dan keupayaan struktur jalan sedia agar mampu menampung kadar petumbuhan isipadu trafik semasa. Selain itu, dalam sesuatu reka bentuk struktur jalan adalah berdasarkan garis panduan yang telah diwujudkan seperti Arahan Teknik Jalan (ATJ), Spesifikasi Piawai Jalan (SPJ) dan Nota Teknik Jalan (NTJ) bagi menjaga kualiti penurapan jalan dan mampu menampung jangka hayat yang lebih lama dan berkesan.” kata Alexander.

Justeru bagi mengatasi masalah itu, pemilihan kaedah rawatan penyenggaraan yang tepat berdasarkan jenis kerosakan yang berlaku ditapak perlu dilaksanakan.

“Kaedah rawatan secara mill and pave dan overlay adalah sesuaian bagi lokasi yang mengalami kerosakan fungsi, manakala bagi lokasi yang mempunyai kerosakan struktur kaedah rawatan yang lebih besar seperti reconstruction atau partial reconstruction adalah lebih disarankan. Selain itu, beberapa ujian tapak sebelum pemilihan kaedah rawatan adalah ditekankan supaya pemilihan yang dilaksanakan adalah tepat dan bersesuaian dengan kerosakan yang dialami.” kata Alexander.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...