AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Isu Kurma Israel : KPDN serbu gudang di Pelabuhan Utara, Klang

168
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Sumber foto : Youtube Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2024 – Sebaik menerima laporan media berhubung dakwaan penukaran label dan kotak kurma yang berasal dari Israel dijual di pasaran tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) melalui Bahagian Penguat Kuasa telah mengeluarkan kenyataan media serta merta pada 4 Mac 2024.

Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu di sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini, inti pati kenyataan media tersebut menyentuh dua perkara utama.

“Pertama, menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011.

Kedua, mengalu-alukan sebarang aduan rasmi beserta butiran dan maklumat di sebarang platform aduan rasmi KPDN untuk membolehkan siasatan dijalankan.” kata Armizan.

Tambah beliau, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) telah mengadakan sidang akhbar semalam berhubung serbuan yang telah dilakukan pada 12 Mac 2024 di sebuah gudang di Pelabuhan Utara, Klang, Selangor.

“Kastam telah merampas 73 pek buah kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ dipercayai produk dari Israel. Dalam serbuan itu juga, seorang lelaki warga tempatan berusia 40- an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Pada masa yang sama, selain siasatan yang dilaksanakan oleh pihak Kastam, KPDN akan terus membuat pemantauan di pasaran berhubung isu yang dibangkitkan. KPDN memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mempunyai maklumat berhubung tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan untuk mengelirukan pengguna.” kata Armizan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...