AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNAPengangkutan @ My LNAUTAMA

Projek Landasan Berkembar Gemas – Johor Bahru dijadual siap pada 21 April 2025

480
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook. Sumber foto : Youtube Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Mac 2024 – Projek Landasan Berkembar Gemas – Johor Bahru sepanjang 192km dijadualkan akan disiapkan sepenuhnya pada 21 April 2025. Namun begitu, bahagian infrastruktur jajaran landasan keretapi berkembar elektrik dari Gemas – Johor Bahru dijangka akan siap pada penghujung tahun 2024.

Menurut Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Parlimen pagi ini, dengan siapnya infrastruktur jajaran landasan keretapi itu, perkhidmatan ETS yang kini beroperasi sehingga ke Stesen Gemas akan dilanjutkan ke Stesen Johor Bahru.

“Kerajaan juga telah membuat perolehan sepuluh set tren elektrik baharu, yang dijangka akan digunakan secara berperingkat mulai penghujung tahun ini untuk menyokong operasi perkhidmatan ETS di sektor selatan.

Selain itu, KTMB juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan KTM Komuter di sektor selatan bagi laluan Gemas – Paloh – Johor Bahru.” kata Loke.

Tambah beliau, Kementerian Pengangkutan menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan set tren elektrik baharu secara pajakan (leasing) untuk digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter di sektor selatan kelak.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...