AMNiaga @ My LNA

Menteri MEDAC lancar penjenamaan logo baru UDA Holdings Berhad

210

KUALA LUMPUR 10 Julai 2020 – Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YBM Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan lawatan secara rasmi buat pertama kalinya ke UDA Holdings Berhad semalam. Di dalam majlis yang sama, beliau turut melancarkan penjenamaan logo baru Uda Holdings Berhad.

“Fungsi dan peranan UDA adalah seiring dengan hasrat Kementerian dalam menjadikan keusahawanan sebagai salah satu agenda utama negara serta mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif untuk menyokong agenda pembangunan keusahawanan negara yang inklusif, seimbang dan mampan.

Semoga UDA terus utuh dalam menyumbang ke arah pembangunan negara dengan memajukan urbanisasi di seluruh Malaysia. Selama lebih empat dekad, yang bermula pada tahun 1971, UDA telah membentuk dan memodenkan Lembah Klang, Wilayah Utara, Selatan dan Timur tanah air.” kata Wan Junaidi.

Semasa sesi lawatan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings, Mohd Salem Kailany Berhad telah menyampaikan taklimat berkenaan UDA.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin, Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Sri
Mohammad Mentek, Pengerusi UDA Holdings, Dato’ Jalaluddin Alias serta pegawai-pegawai kanan MEDAC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...