Home AM Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020
AM

Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020

KUCHING 10 Julai 2020 – Ketika mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak Menteri Komunikasi dan Multimedia YBM Dato’ Saifuddin Abdullah memperkenalkan memperkenalkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui kenyataan media hari ini, logo berbentuk hati dipilih dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan Kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Tema sambutan tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan, manakala ‘Prihatin’ mewakili keprihatinan Kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRIHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.” jelas KKMM.

Menurut KKMM lagi, sempena Bulan Kebangsaan tahun ini, empat aktiviti utama akan diadakan iaitu Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara yang akan bermula 9 Julai hingga 16 September 2020, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020 di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur, dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2020 di Sibu, Sarawak.

“Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan kenegaraan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, serta memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat. Antaranya adalah Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka. Program-program ini bermula pada 16 Julai hingga 16 September 2020.” ujar KKMM.

Dalam pada itu, dalam lawatan kerja ke Negeri Sarawak hari ini, YB Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Hj. Abang Openg; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; dan Menteri Utiliti Sarawak, YB Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom. Beliau turut bersama YB Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, jabatan dan agensi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...