Home AM Rina komited perkasakan program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR)
AMWanita

Rina komited perkasakan program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR)

BALING 11 Julai 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YBM Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata beliau akan terus komited untuk terus memperkasakan program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) atau ‘Home Help Services’. Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan kunjungan mesra menyantuni klien program KBDR dan sukarelawan Home Help Services di Kampung Sungai Tembak, Parit Panjang, Baling Kedah pagi hari ini.

Sumber Foto Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat

“Saya cukup teruja dapat berjumpa dan berbual dengan masyarakat setempat selain berjumpa dengan warga emas, Mek Pah yang mengalami masalah kesihatan akibat kemalangan dan kini dijaga anak perempuan tunggalnya, Haliza. Mek Pah yang tidak mampu berjalan kini diletakkan di bawah jagaan petugas KBDR, Siti Zaitun.

Peranan sukarelawan ini termasuklah membersih kawasan dan kemas rumah, memandikan serta membawa Mek Pah mendapatkkan rawatan di klinik atau hospital. Bagi memudahkan pergerakan Mek Pah, saya menyerahkan kerusi roda untuknya.” kata Rina.

Di dalam majlis yang sama, beliau turut menyerahkan bantuan kewangan di bawah inisiatif PENJANA kepada lima orang sukarelawan Home Help Services serta pertubuhan sukarela kebajikan, Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia (MPKSM), cawangan negeri Kedah.

Sumber Foto Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diperuntukkan RM 1 juta di bawah Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) bagi memberi Bantuan Khas sebanyak RM 300.00 yang memberi manafaat kepada 3333 orang sukarelawan yang sedang melaksanakan Program KBDR.

Saya komited untuk terus memperkasakan program KBDR dan membantu sukarelawan Home Help Services dalam segenap aspek yang mereka perlukan bagi menjamin khidmat kepada golongan sasar dapat terus diberikan dengan cemerlang.” ujar beliau.

Program KBDR ini merupakan satu Program Pendampingan Sosial (Outreach Programme) kepada klien-klien yang memerlukan khidmat sokongan sosial terutamanya Warga Emas (WE) dan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemimpin dan komuniti setempat dan pemimpin. Ia dilaksanakan oleh Sukarelawan KBDR kepada warga emas dan OKU yang tinggal bersendirian atau berkeluarga di rumah. Sukarelawan Program ini akan mengadakan lawatan ke rumah untuk memberikan perkhidmatan sokongan, sekurang-kurangnya sejam sekali lawatan dengan kekerapan satu kali seminggu. Program ini dilaksanakan secara kerjasama strategik antara JKM dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK).

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai Daerah Baling, Haji Mohd Shahadan Abdullah dan Pengerusi MPKSM Negeri Kedah, YB Hajjah Halimaton Shaadiah Saad.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Kedah Merangkap Ketua Bahagian Bersatu Baling, Mohd Taufik Yaacob.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bersara selepas 42 Tahun Berkhidmat kepada Negara

PUTRAJAYA, 16 Mac 2023 – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’...