AMPolitik @ My LNA

Amirudin pangku portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor

123

SELANGOR 10 Julai 2020 – Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari akan memangku portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor yang kosong susulan keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melucutkan keanggotaan YB Puan Hajah Haniza Mohamed Talha.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah bermesyuarat pada hari Rabu, 8 Julai yang lepas berkenaan status YB Puan Haniza Mohamed Talha bersesuaian dengan keputusan Parti Keadilan Rakyat berkenaan pelucutan keanggotaan beliau.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah memberi perkenan berkenaan hal ini dalam majlis sembah maklum yang diadakan pada hari Khamis, 9 Julai 2020.

Sehubungan dengan itu, portfolio berkenaan akan dipangku oleh Dato’ Menteri Besar dan sebarang program berkaitan portfolio berkenaan turut ditangguhkan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.” umum Amirudin menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat beliau hari ini.

Jesteru, portfolio berkenaan akan dipangku oleh Amirudin dan sebarang program berkaitan portfolio berkenaan turut ditangguhkan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.

Pada 29 Jun lepas, PKR telah memecat lima pemimpinnya iaitu tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua ketua wanita negeri. Mereka yang dipecat ialah Ketua Wanita, Haniza Mohamed Talha dan dua ADUN Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...