AM

Sumber manusia JAKOA akan diperkasakan – Dr. Abd Latif

109

GOMBAK 10 Julai 2020 – Menteri Pembangunan Luar Bandar YBM Datuk Dr. Abd Latif Ahmad berkata bahawa kementerian yang diterajui beliau iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memerkasakan lagi sumber manusia di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah bagi memperkukuhkan peranan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Penstrukturan ini penting untuk memastikan JAKOA dapat berperanan lebih cekap dan berkesan.

Ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan pentadbiran JAKOA dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Orang Asli dapat dipertingkatkan.” jelas beliau ketika mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat JAKOA di Gombak. Lawatan tersebut merupakan siri jelajah yang terakhir dalam lawatan Menteri ke agensi-agensi di bawah kementerian.

Menteri KPLB itu turut menyatakan bahawa pembangunan infrastruktur masyarakat Orang Asli juga adalah dalam proses pelaksanaan yang merangkumi :

  1. Kerja-kerja ukur tanah untuk tujuan pewartaan di 88 Kampung Orang
    Asli melibatkan keluasan tanah berjumlah 13,417 hektar.
  2. Membina jalan perhubungan baharu di perkampungan Orang Asli di Hulu Perak, Hulu Pahang, Hulu Kelantan dan Johor seperti berikut iaitu dari Jalan Bawong, Sungai Siput ke Pos Poi – Pos Piah – RPS Kemar, Perak (sejauh 60KM), dari Felda Tawai ke RPS Dala di Perak (sejauh 17KM), dari Jalan Simoi Lama ke Pos Lenjang, Pahang (sejauh 15 KM) dan dari Jalan Tanah Abang – Punan – Peta di negeri Johor (sejauh 45KM).
  3. Bekalan Elektrik iaitu Kampung Orang Asli Kuala Koh (Talian Grid) – memberi manfaat kepada 196 Ketua Isi Rumah (KIR), Pos Hendrop (Talian Grid) memberi manfaat kepada 15 buah KOA dengan 1,778 KIR dan membekalkan elektrik 24 jam ke 168 perkampungan Orang Asli yang masih belum menerima bekalan elektrik.
  4. Membekalkan air bersih dan terawat ke 155 buah perkampungan Orang Asli yang masih tiada bekalan air terawat.
  5. Pembangunan telekomunikasi melalui kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 & 2 dan MEASAT menerusi program ‘Connectme Now’ untuk meluaskan capaian telekomunikasi ke perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung.
  6. Program Bantuan Rumah Orang Asli – dalam RMKe-12, akan melaksanakan pembinaan 600 unit rumah baharu dan membaik pulih serta menaik taraf 400 unit rumah sedia ada.

“Selain itu, untuk memastikan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli terus kompetitif, KPLB telah merancang hala tuju dengan tumpuan kepada merancakkan pertumbuhan peningkatan pendapatan masyarakat Orang Asli melalui Projek Perladangan, Projek Pertanian dan Projek Penternakan.

Pentadbiran di perkampungan Orang Asli juga perlu ditambah baik melalui Memperkasakan Institusi Batin dan MPKK Orang Asli melalui Kursus dan Latihan yang bersesuaian berkaitan pentadbiran dan pengurusan kampung, serta meningkatkan penglibatan tadbir urus antara Institusi Batin/JPKKOA dalam perancangan pembangunan masyarakat Orang Asli yang lebih komprehensif dengan kerjasama agensi/jabatan yang berkaitan.” tambah Datuk Dr. Abd Latif Ahmad.

Sumber foto Facebook Rasmi KPLB

Beliau turut meluangkan masa membuat lawatan ke Hospital Orang Asli Gombak untuk bertemu dengan pesakit Orang Asli yang sedang dirawat disamping melihat sendiri fasiliti serta keadaan prasarana di hospital tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...