AMCOVID-19 @ My LNANiaga @ My LNA

Tekun Mobilepreneur bantu riders yang terjejas akibat pandemik COVID-19

78

KUALA LUMPUR 24 Jun 2020 – TEKUN NASIONAL akan melancarkan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 di mana program ini meliputi pembiayaan maksima sehingga RM10,000 bagi pembelian motosikal baru dan modal pusingan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar program tersebut yang akan dilancarkan pada 7hb Julai 2020 ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan dengan menggunakan dana PENJANA.

“Namun, peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal. Tambahan 400 pemohon dengan peruntukan sebanyak RM 4 juta akan dimaklumkan. Pemohon juga perlu berdaftar dengan syarikat E-Hailing dan melepasi syarat – syarat yang telah ditetapkan.

Program ini diharap dapat membantu rider mengekalkan kesinambungan ekonomi masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar semasa Covid-19.” kata beliau di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Program TEKUN Mobilepreneur ini merupakan langkah proaktif yang diambil oleh pihak TEKUN dalam membantu rider yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik koronavirus (Covid-19). Melalui pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0 yang telah dilaksanakan sejak April 2020 sehingga 23 Jun 2020, TEKUN telah menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baikpulih motorsikal (Interest Free).

Program tersebut telah diperuntukan untuk 500 pemohon (Rider) terawal di mana seramai 211 pemohon dengan nilai RM394,000 yang telah diluluskan permohonan sehingga 23hb Jun 2020. Tawaran tersebut dibuka kepada semua ‘Riders Berdaftar’ melalui syarikat ‘e-hailing’ seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan Mrspeedy.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web TEKUN NASIONAL di www.tekun.gov.my untuk bantuan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...