AMNiaga @ My LNA

TEKUN NASIONAL nafi dakwaan ADUN Batu Lintang

188

KUCHING 27 Jun 2020 – TEKUN Nasional pada hari ini membuat penafian terhadap dakwaan YB. Tuan See Chee How iaitu TEKUN Nasional tidak menyediakan skim pembiayaan tanpa faedah dengan nilai sehingga RM10 ribu. Dakwaan wakil rakyat Batu Lintang tersebut di siarkan di Akhbar Borneo bertarikh 24 Jun 2020.

“Sukacita dinyatakan bahawa TEKUN Nasional pada awal April 2020 telah mewujudkan skim pembiayaan tanpa faedah kepada ‘rider penghantar’ (iaitu TEKUN Mobilepreneur 1.0) dengan nilai pembiayaan maksimum sehingga RM2,000.00. Skim ini untuk ‘rider e-hailing’ yg telah memiliki motorsikal dan bertujuan membaiki motorsikal & memasang tambahan aksesori.

Sehingga kini, seramai 211 pemohon (rider) diluluskan pemohonan dan telah menerima pembiayaan dengan nilai RM394,000. Skim ini terbuka kepada 500 pemohon terawal dan pemohon perlulah mendaftar sebagai ahli e-hailing terlebih dahulu.

Manakala bagi skim pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 yang baru-baru ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (awal bulan Jun) ialah skim dengan nilai maksimum pembiayaan sehingga RM10,000.” jelas Encik Roslan Ais, Pengurus TEKUN Nasional Sarawak di dalam kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tambah Roslan, skim tersebut bertujuan untuk pembelian motosikal baru dan modal pusingan bagi ‘rider e-hailing’ yang telah berdaftar dengan syarikat ‘e-hailing’. Skim TEKUN Mobilepreneur 2.0 itu juga telah dibuka untuk 100 pemohon awal (yang layak dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan).

“Perasmian pelancaran TEKUN Mobilepreneur 2.0 ialah pada 7hb Julai 2020 dan kepada semua rider e-hailing yang menepati syarat-syarat boleh mula memohon skim ini dengan had kelulusan permohonan kepada 500 ‘rider’ sahaja.

Kedua-dua skim yg ditawarkan oleh TEKUN Nasional ini adalah terbuka khusus untuk kaum Bumiputera dan India sahaja. Manakala skim pembiayaan mikro untuk kaum-kaum lain boleh dipohon melalui Bank Simpanan Nasional ( BSN ).” ujar Roslan.

Roslan juga berharap kenyataan beliau dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh YB. ADUN Batu Lintang dan beliau dari awal telah menyatakan penafian terhadap tuduhan yang dibuat oleh ADUN tersebut melalui media Borneo Post baru-baru ini terhadap skim TEKUN Mobilepreneur 2.0.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...